Semua manusia akan diuji
Semua manusia akan diuji bukan?
Jadi bila seseorang diuji,
Jangan pula kita mengeji
Jangan sekali kau kata, 'elehhhh...sikit aje mende tu, macam lekat celah gigi'
Kerna depan mata, Allah dah bukti
Apa kau kata akan kena sikit hari lagi
Bukan niat nak dengki, iri hati
Tapi bila seseorang diuji, mengucap dan syukurlah dalam hati
Doakan kau tidak tercebur diri
Antara kisah yang aku lalui
Dahulu masa nak lahirkan Dini
Amat risau rasa hati
Apa proses yang bakal dilalui
Adakah normal atau csect lagi
Ku luahkan rasa hati pada seseorang ini
Diperlekehkan aku kembali
Sekarang dia pula akan melalui
Saat yang dia sendiri tidak pasti
Dapat aku lihat kegelabahan diri
Dalam hati daku muhasabah sendiri
Jangan sesekali kau peleceh orang lagi
Kini terkenang kisah kedua
Yang telah lama berlalu tapi tinggal kesannya
Agak lawak sebenarnya
Bila ada yang ingat aku berbadan dua
Setelah 4-5 bulan melahirkan dina
Kerana saiz perut ku yang buncit adanya
Ditegur sinis seseorang tentangnya
Daku tersenyum mendengar katanya
Bila tiba saatnya dia pula
Selepas melahirkan anak pertama
Apa dikata terkena semula
Kan dah ku kata
Allah itu Adil adanya
Muhasabah diri kerdil ini
Apa kau kata yang mengguris hati
Pasti Allah tunjukkan pula suatu hari nanti
Tidak kita pinta untuk berlaku begini
Maka sebelum berkata dan mencaci
Renungkan dan fikirkan setiap inci
Kerana ianya semua akan diadili..
Wallahualam....

Comments