My EBM


Ini rupa peti ais satu pintu yang hampir penuh dengan salji (bukan penuh stok susu :P, tapi skrg dah penuh stok susu ;))

Tips untuk mula buat stok bagi yang hanya punya peti ais satu pintu (sebab bahagian beku, hanya bertahan 2 minggu sahaja) :

1) Pam susu dari sebulan selepas melahirkan. Ini bagi bertujuan merangsang pengeluaran susu dan mengajar anak minum EBM dari botol/syringe/sudu

2) EBM yang diperah tak perlu dibekukan kerana ianya boleh digunakan untuk ajar anak untuk minum sekurang-kurangnya sekali sehari

3) Bagi tujuan stok, perah susu secara berkala (sehari 3 x) bermula 12 hari sebelum masuk kerja.

Contoh :

- tarikh mula kerja 05/03/2012
- mula pam untuk stok 22/02/2012
- pam sesi tengah malam/awal pagi : contohnya 2 pagi ( selepas baby feeding dan tidur sebaik2nya )
- pam sesi tengah hari : contoh 12 tgh hari ( selepas baby feeding dan tidur sebaik2nya )
- pam sesi malam : contoh 10 malam (selepas baby feeding dan tidur sebaik2nya)
- labelkan susu perahan : tarikh dan masa perah & TARIKH DAN MASA LUPUT
- tarikh dan masa luput bagi frozen ebm, peti ais satu pintu adalah 2 minggu daripada tarikh perahan. Contoh : tarikh dan masa perah (22/2/2012) jadi tarikh luput adalah (7/3/2012)
- jadi, semasa mula kerja 05/03 tersebut stok 7/3 ini boleh digunakan


Tips untuk mengumpul ebm :
----------------------------------


1) Kalau dapat pam sesi pertama 1 oz, jangan bekukan dahulu. Tunggu hingga habis sesi perahan 24 jam. Kalau 3 sesi (3kali x 1 oz = 3 oz). Satukan dalam 1 botol/storage dan boleh dibekukan.
2) Jangan stress jika sekali pam hanya dapat 1 oz, 2 oz kerana proses 'cantuman/pengumpulan' seperti di atas akan membantu untuk memperbanyakkan susu untuk dibekukan
3) Jika sehari 3 oz x 12 hari = 36 oz sudah stok anda. Sudah boleh tahan lumayan kan??



Cara menyediakan susu/ebm pada baby sitter atau nursery:
--------------------------------------------------------------


1) Lihat 'pattern' bayi anda minum. Bayi 2bulan sudah mula punyai pattern (2-3 jam sekali untuk menyusu). Jika keluar bekerja selama 8-10 jam harian. Bermakna bayi akan minum dalam 4-5 kali (jika gap 2 jam).
2) Bekalkan ebm dengan kadar 4-5 botol dengan setiap botol 2 oz susu. Jadi anda perlukan 10 oz susu sahaja sehari. Bagaimana nak pastikan ianya cukup? Ini lah perlunya praktis daripada ibu tadi sendiri. Si ibu akan dapat mengenalpasti jumlah (oz) sekali minum bayi. ATAU ibu boleh hantar bayi 2-3 hari lebih awal ke baby sitter/nursery. Dapatkan feedback daripada penjaga bayi anda, cukup atau tak ebm yang dibekalkan. Dan pattern bayi anda di nursery. Mungkin anda perlu tambah jumlah oz dalam satu botol dan mengurangkan bilangan botol atau sebaliknya berdasarkan feedback tersebut.
3) Semasa membekalkan ebm, saya lebih suka bekalkan fresh ebm (yang tidak dibekukan/perahan hari sebelum) pada botol pertama dan terakhir. Dan frozen ebm dengan tarikh terdahulu bagi no 2 dan seterusnya. Jika bayi tidak minum botol yang terakhir, susu boleh dibekukan, sedangkan jika frozen ebm yang telah cair, mesti digunakan dalam masa 24 jam sahaja. Yang penting, LABELKAN susu mengikut nombor, 1,2,3 dan seterusnya.
4) Cairkan frozen ebm, malam sebelum bayi ke nursery dengan meletakkan susu tersebut dibahagian bawah peti ais. ATAU, boleh dimasukkan dalam bekas berisi air dan diletakkan dibawah peti ais untuk mempercepatkan proses mencairkan susu. (Saya dah cuba, jam 6 pagi letak dalam bekas berisi air, jam 7.30 pagi, frozen ebm cair sepenuhnya)


notes : ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ada yang berasa tidak bersesuaian, terpulang pada diri sendiri ;)

saya perlukan tips bagaimana nak manage ebm dalam peti ais satu pintu yang 'bersalji'. Kalau defrost, takut nnt susu pon turut cair..huhu...

Comments

Popular Posts