Matahari dan Hujan
Kadang-kadang Allah kurniakan matahari dalam kehidupan
24 jam tanpa henti dan jemu
Tapi suatu masa, kita mula rasa bosan
Dan pertikaikan kenapa hujan tak datang bertamu
Kadang-kadang Allah kurniakan hujan dalam kehidupan
Siang dan malam dingin dalam kedamaian
Namun pada satu ketika hati mula rawan
Bila suasana hangat yang diri dambakan
Lihat...
Manusia kan tak pernah puas
Bila Allah bagi kesenangan..kita mahu lebih luas
Tapi, bila Allah bagi ujian, tak pernah mau bertenang
Sentiasa mahu cepat jumpa jalan pulang
Muhasabah untuk diriku sendiri
Waktu dan ketika ini kami diuji lagi
Tapi aku pasti Allah itu ada rancangan sendiri
Cuma aku belum betul-betul pasti
Adakah aku kuat untuk meniti hari-hari ini..
Tapi pintaku, Allah mendengar doaku yang kerdil ini...

Comments