Orang Unyu.....
Nur Irdina Zafirah,
ada sesuatu yang menarik perhatian ibu ayah
bila dibawa membeli belah
ape dia suka, semua barang murah
cuba tunjuk barang yang gah
konfem dia geleng cakap tak mahu
sambil berkata, 'itu orang unyu'
Selalunya ayah ibu tanya
Barang ni Dina suka?
Tapi Dina main sekejap saja
Dan ulang lagi, 'itu orang unyu'
Tersenyum simpul ayah dan ibu
Bila tengok karenah Dina tu
Ibu ayah harap, Dina macam ni sampai bila-bila
tak memilih nak yang mahal saja
walaupon kita hidup dalam kota
tapi biarlah sentiasa sederhana
moga sampai bila-bila Dina berpijak pada bumi nyata
sebab kurnian Allah ini, boleh ditarik bila masa saja....
*unyu - punya



Comments