Pejuang Dunia Akhirat
Bukan mudah pegang status itu
Segala macam tanggungjawab digalas dibahu
Bila dikata mithali, mungkin ada yang cemburu
Tak kurang juga yang saja menduga hidupmu
Ada yang tidak cuba fahami perasaanmu...
Orang paling hampir denganmu
Yang seharusnya mendampingimu disetiap waktu
Pernah suatu masa meributkan hidupmu
Kini kembali menagih simpatimu
Tapi kerana tanggungjawabmu itu
Kamu masih bertahan, melayan tanpa jemu
Walau kami tahu ianya tak semudah itu
Tapi ketahuilah bahawa kami sentiasa bersamamu
Mungkin kami pernah degil dengan arahanmu
Tapi kami sangat sayang kamu
Moga kamu bertahan dengan keadaan kacau bilau yang bertamu
Kerana kami sendiri tiba ke jalan buntu
Mana satu yang perlu kami tuju
Kerana dia dan kamu
Bukan sekadar tetamu
Tetapi penentu syurga kami di alam kekal yang satu.....

Comments