Serba Salah

Bila bekerja, kadangkala aku alpa
Aku punya misi nak setelkan kerja
Tapi banyak benda yang aku takut kalau datang menduga
Tambahan bila kurang masa dengan si dia
Hari ni saja, tetiba banyak post dari blog yang aku baca
Masing-masing Allah nak duga
Bila yang tersayang berani mendua
Adeh..adeh...seram aku rasa
Tapi aku nak buat macam mana?
Selagi ada kerja yang tak setel2 ni juga
Aku perlu dedikasi menyudahkannya
Tapi aku tak nafi, bila masa memang kurang untuk si dia
Sampaikan dia ambil alih kebanyakan urusan rumahtangga
Aku cuma mampu berbisik, 'aku harus tabah walau apa jua' (tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu)

Aku faham dan selami jiwanya
Dimana aku sebagai suri dihatinya
Walau si dia tak tunjuk di depan mata
Tapi hati kecilku ini memang dah rasa
Mana patut aku bz sampai macam ni ha...huhuhuhu


Aku masih terumbang-ambing dalam mencuba
Menstabilkan kembali keadaan huru-hara
Harapan aku suatu masa
Semua kerja-kerja ini akan reda
Hati aku kembali lega
Dan aku kembali 'bertugas' pada dia
Seperti biasa yang dia damba
Namun kuharap, hati kami sentiasa bersama
Walau cabaran hebat melanda
Dan aku harap, aku dapat belajar seimbangkan semua




Comments

Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak..akak pon kenalah mohon kepadaNya bebanyak ok.Sesungguhnya kita xkan bersendirian..DIA sentiasa disisi kita.kerana sebab itulah ku teruskan kehidupan penuh pancaroba ini..
YOI said…
tq dik...awak sangat tabah liza...

Popular Posts