Anak Ibu..

Anak ibu,
semalam ibu terpaksa balik lewat
malam baru abis mesyuarat
dalam perjalanan ibu rasa penat
ibu lemah, takde semangat
tapi masa drive, ibu teringat
anak ibu punya gelagat
memang banyak aksi kelakar tak hengat
ibu tergelak sorg2, sebab kelakar sangat
air mata yang nak mengalir pon tak sempat
sebab anak ibu dah jadi pengubat


Anak ibu
hari ni ibu janji balik cepat
tanak jadi macam semlm, lupa pasang car light
nasib baik kita selamat
ini semua sebab ibu nak cepat rehat
tapi bila tengok anak ibu melompat-lompat
lega ati ibu, berbaloi rasa keringat
moga hari-hari mendatang kita masih sihat
dan mampu tersenyum dengan segala nikmat


Comments

shahsulong said…
puitis, straight forward dan jujur..

anak ibu,
moga jadi panduan dan sempadan bila dah besar kelak. pengorbanan dan perjuangan ibu ayah buat bekal semangat andai terasa diri tak kuat..

ibu,
sabarlah. kuatlah. ayah sudah hendak pulang tu~ moga sentiasa dalam lindunganNya..

Popular Posts