Syukur...


Syukur,
Kerana dipertemukan jodoh dengannya kini
Hanya kami memahami perasaan yang hadir dalam hati
Persefahaman dalam perhubungan ini
Kami punya minat; ada yang sama, tapi banyaknya berbeza antara kami
Tapi mana datang kekuatan perhubungan ini?
Hanya Allah yang tahu, bagaimana semua ini terjadi...


Syukur,
Semasa bercinta, kami jadi diri kami sendiri
Apa bukti?
Setelah berkahwin, kami masih begini
Mungkin luaran kami nampak berbeza
Tapi dalaman kami masih sama
Kami tak bisa berpura-pura
Kononnya baik diluar sana
Tapi realiti kami huru-hara

Syukur,
Sungguh, dia faham betul diri ini
Tapi semua aturan-Nya
Manakan ada pantai yang tak dilanda ombak
Manakan ada lautan tak bergelora
Kadang-kadang ianya buat kami sebak
Kadang-kadang ianya buat aku merana
Tapi, mana munculnya kekuatan semula?
Kerana aku masih punya rasional
Apa yang berlaku, hanya sesi 'suai-kenal'
Kalau tak berlaku,
aku tak tahu,
aku punya kesilapanku


Syukur,
Allah masih beri aku masa
Untuk aku perbetulkan semula
Aku manusia alpa
Kadang-kadang fikir, aku betul semua
Tapi aku terlupa
Aku ada dia untuk aku jaga hatinya
Hidup rumahtangga bukan tentang aku saja
Tapi semua mesti diambil kira
Bila ada yang kata, 'Asyik perempuan kena berkorban saja'
Tapi kamu semua jangan lupa
Dia juga ada bahagiannya
Masa bersengketa, memang semua busuk belaka
Tapi cuba fikir baiknya dia
Pasti ada banyak wangian yang dah diberi
Jangan yang busuk saja yang kita sedari


Maaf ku ucap padanya,
Kadang kala aku tersasar
Meluahkan perasaan secara kasar
Tapi aku harap dia tak gusar
Kerana hanya dia boleh buat cintaku mekar
;)
Hakcipta terpelihara : Nurul Firdaus Termizi ;) 03/10/2010 12:21 PM


p/s : Syukur dengan setiap kurnian-Nya

Comments

Anonymous said…
yoi, cam best puisi Syukur ni..hehe.. begitu bermakna skali..:)
YOI said…
tq ita. Tgh mood jiwang..macam2 la ayat kuar..cuba mood marah..wakakakka..
CatlinaFly said…
anniversary ke? :) sedapnye poem dia...hantar lah ke majalah or utusan malaysia ke :)
YOI said…
catlina-tak,saje2..hehe..
lom layak kot nk anta ke mane2, saje suke2..hehe..anyway,tq ;)
laxf said…
the most beautiful poem ever =)

Popular Posts