Kisah Lalu, Cerita Lama

Kisah lalu, cerita lama
ada yang suka, ada yang duka
dibesarkan dalam keluarga yang penuh gelak ketawa
tapi nampaknya ianya diuji juga
Allah Maha Berkuasa
kenapa ujian ini yang kami terima?
tapi kami sudah lama redha
kerana sudah hampir 30 tahun lamanya kami derita


Kisah lalu, cerita lama
kami semua dah dewasa semuanya
kehidupan kami sekarang, susah payah kami bina
kami terima kisah lama, hanya sekelumit episod duka
tapi Allah Maha Berkuasa
Dia masih uji kami sekeluarga


Kisah lalu, cerita lama
pelik kenapa ada manusia durjana
maaf bila aku kasar berbicara
tapi ini yang aku rasa
kami layan dia tanpa curiga
walaupun hati kami tak sanggup terima
kami ada emak yang perlu hatinya dijaga
tapi kami sanggup terima risiko ini semua


Kisah lalu, cerita lama
aku harap inilah noktahnya
jangan lagi ada dia yang cuba cipta pancaroba
cukuplah apa yang kami sekeluarga rasa
hanya kerana dia, hidup kami pernah huru-hara
kali ni dia buat lagi cerita
pedihnya hati kami adik beradik rasa
cukuplah...pergilah kisah lalu, cerita lama....

hak cipta terpelihara Nurul Firdaus Termizi, 26/10/2010, 6:05 pm

Comments

Popular Posts