Dugaan Bulan Ramadhan Tanpa Dia...

Semalam, hari pertama puasa. Semuanya berjalan macam biasa. Balik kerja, aku balik awal sket, kul 4.30 petang. Sampai rumah, gi pasar ramadhan dan beli makanan untuk berbuka. Pusing2 seround, aku pilih untuk berbuka nasi putih + paru goreng sambal + patin lemak tempoyak + pajeri nenas. Untuk Dina, aku belikan bihun sup daging, kuih lopes (ke lopeh?). Belikan sikit kuih untuk cikgu2 Dina kat nursery, kuih tepung pelita dan popia goreng.


Selesai membeli, balik rumah dulu. Mandi2 dan bersiap ape yang patut. Panaskan sup untuk bihun Dina. (sebab risau juga makanan kat luar ni, takut tak ckup masak ke supnye kan, masih berair paip ke..hehehehe). Selalunye, itulah rutin aku bila MOH takde. Siap2 mandi dan buat makanan malam, baru amik Dina. Jadi, bila Dina sampai kat rumah, aku ada masa untuk melayan dia. Taklah dia rasa sunyi main sorang2.


Sampai kat nursery, nak luruh jantung! Pale Dina benjol. Cikgunye kata, sebab jatuh masa main bola. Dan kejadian tu baru lagi terjadi. (mungkin semasa aku on the way ke nursery atau masa aku di rumah). Masa tu menyesal sangattttt... Napela aku tak ambik Dina dulu baru balik mandi? Malang tak berbau... Ayat pertama yang aku ucap bila nampak pale Dina macam tu ,' Ya Allah.. Dina..Nape ni? Ayah takde Dina...' Huhuhu..itu yang terlintas kat hati dan pemikiran aku. Aku terus kol MOH yang kat Manila. Tapi masa tu, tak terucap dek mulut aku ni. Air mata mengalir, selaju air mata Dina yang menangis.. 'akit, akit, akit' ... Adeh, nampaknya aku masih tak kuat menampung air mata dari terus mengalir dan menjadi lebih tabah.


Walaupun sudah 'terbiasa' ditinggalkan beberapa kali untuk beberapa lama, aku masih seorang perempuan yang mudah menangis bila kesedihan, tersentuh hati. Nampak macam brutal, kasar, 'bengkeng', tapi....dalam hati ade taman beb! Huhuhuhu...


Ayah, ni la gambar pale Dina benjol semalam. Dorang sapu dengan air asam jawa (petua orang tua2) untuk cepat surutkan benjol. Dan dorg tuam dengan ais. Masa malam, Dina tengah tido, ibu pula tuam dengan kain lampin, rendam dalam air suam2.


Tengah baring kat rumah, sambil nangis.. 'akit, akit, akit' (tp mulut sumbat puting)


Aku pujuk Dina makan bihun sup kegemaran dia (dan seperti biasa, pasang CD Barney). Alhamdulillah, mood dia semakin ok. Dan aku bawa dia mandi selepas makan malam. Walaupon agak lewat (pukul 7.40 malam), at least dapat 'menenangkan' hati Dina, dan lupakan sekejap kesakitan dia.


Jadinye semalam, aku sempat berbuka dengan air suam. Dan terus menerus melayan Dina sehingga dia tertido, pukul 9.10 malam. Dan barulah dapat berbuka puasa dengan juadah yang dibeli tadi.........Alhamdulillah...



p/s: pagi ni, benjol dah berkurangan, tapi masih nampak biru2 dan hijau2 sikit. Alhamdulillah Dina tidak demam dan tidak muntah setakat pagi ini. Moga hari ini lebih baik daripada semalam... Aminn....

Comments

-mfa- said…
nilah kalau dah ramai2 nurul..aku pun penah nangis masa azim kecik2 dulu..sampai skang ada prut kat anak aku tu, tepi mata lak tu..sesal sbb benda jd bukan depan mata kita kan..tapi nak buat camana..doa2 yg terbaik untuk dorg..moga Allah sentiasa lindungi anak kita masa kita mencari rezeki..tawakkal je..
YOI said…
ni kali ke 2 sue...masa kali pertama, aku tak nangis. Sebab husband aku ade..kali ni aku lemah abes, sebab rasa sorang2...
Diyana Khoo said…
kesiannya dina. besar gak benjol tu. kalau cd pun mmg nangis la nurul.

hadif pun sama cam member nurul, ajeem tu. ada parut sipi2 dekat ngan mata gak. berbekas smpi skang. kena 3 hari sebelum 1st birthday dia. luckily nursery terus call suruh cd pege tgk. mmg cd terus angkat bag pege tgk. tak sempat nak inform boss pun. hehe.

dina n ibu kuat orangnya. insya allah boleh bertahan smpi ayah balik ye.
YOI said…
cd - nursery tak kol pon masa kena.may b sebab baru lagi kene kot.huhuhu..tapi ni kali ke-2 la dia benjol dan jadi kat nursery dua2 tu.

InsyaAllah..ibu and dina memang kuat..kuat nangis..haha...
Fedyeu said…
fedy bace pun rase nk nanges.. boleh tak?? huhu..
YOI said…
fedy - jgn cedey2 ye..semuanya ok..hehehe...
laxf said…
ayah pun dh bergenang air mata tgk gamba dina....
YOI said…
ayah - haippppp macho pls! Hehehe...biru2 hijau kat dahi tu still ada lagi. tp semalam Dina ceria sangat2 ;) Dun worry! Ibu je kalut bila tgok camtu, lepas tu ibu kembali waras! Hehehehe...

Popular Posts