Dugaan Bulan Ramadhan Tanpa Dia... Final Episode..

Ingatkan dugaan takde episod ikut hari. Nampaknye kali ni ade ler pulak. Daripada letak as 'Episod 2' baik letak final episode. So lepas ni, insyaAllah takde lagi dugaan2 berat sepanjang MOH takde kat Msia.


Kali ni, dugaan masih diterima dalam keadaan terkawal. Sampai umah petang semalam, tengok2 ada sesuatu berlaku depan rumah. Hati rasa sungguh 'terharu'... Sabooooo jekla mak ni haaaaa..nyah-nyah oooiiiiiii.... Ada episod cinta luka, 'kau kunci airku, didasar padlock-mu'. Ni tajuk lagu baru untk Ramadhan kali ni. Huhuhu....Ape yang terjadi???? Taraaaaaaaaaaaaaaaaa....



Ye, sila fokus pada 2 batang meter paip. Meter tu terletak kat luar rumah aku (sebab rumah jenis apartment-low-cost, maka gitula rupa meternye.) Sila teka yang mane normal, dan yang mana abnormal??? Tentulah yang bermangga tu yang tak normal! Itu meter air umah aku le tu, yang normal tu meter umah sebelah. Udah kene lock pula dengan Management Services Apartment aku tu. Sebabnye??? Bukan sebab tak bayar bil air (ini MOH dah setelkan sesiap before berangkat). Tapi ni kes, owner rumah tak bayar maintenance la. Aih.... Kitorg pon salah gak, masa bayar bil air, patutnye check sekali maintenance dah setel ke belum. Tapi ape nak buat, sesal dahulu pendapatan lumayan la kan!


Ni kali ke-2 jadi. Aritu pernah jadi sekali. Tapi MOH ade kat cni. Terus dia setelkan dan dorang unlock sepantas kilat...Zassssssssssss....Masa tu, owner umah kitorg dah send cek. Rupanya cek itu bounce balik laaaa...Kali ni, aku tak tanya plak la ngapenye. Anggap jekla owner tu tak bayo. Kang sewa bulan depan, bayar duit sewa selepas tolak maintenance air la nampaknye.


Harap2nye dugaan Ramadhan berakhir setakat ini saje la..kalau ade pon, sikit2...masih boleh diterima. Ye la kan, ujian tu penghapus dosa2 kecil :p

Moga2 ini jela ujian hari ni...Ujian kesabaran untuk ibu. Tinggal Dina dengan pen dan kertas untuk conteng. Ibu gi iron baju jap. Tau2 je, dah penuh 1 tangan dia conteng. Huhuhu....Bila suh conteng/tulis atas Kid-Tough Doodler Fisher PRice dia, tanak pulak pagi ni. Nak juga pen dan kertas. Layan jekla..Tapi lain pula hasil yang jadi..huhuhu



p/s: Ibu dan Dina, mesti jadi lagi kuat..sekuat harimau :p

Comments

Diyana Khoo said…
ala kesiannya. harap2 lepas ni smooth je perjalanan untuk dina n ibu dina ye. kitaorg pun pernah nak kena kunci nurul. tp nasib baik tuan rumah dtg mlm tu juga bayarkan. owner kata dah banyak kali dia hantar cheque tp bounce back. pelik kan.

ahahaha, dina ceriakan hati ibu pagi2 or tensionkan hati ibu? nasib baik la tak conteng dinding. kalo tak naya ja.
YOI said…
itula..nasib baik 1st day puasa tu cabaran lagi besar buat nurul. So, takat kne lock meter tu ok lagi, sebab ade air tangki..Memang jimat abisss la semlm..haha...

Dina ceriakan ibu sambil mengkalutkan ibu nak siap p kerja. Dah nak kne cuci kasi ilang pulak kesan pen tu. Bila tanya, sape buat? 'iyah...iyah..' (zafirah). Sebab masa nurul tgok tangan dia camtu, nurul cakap 'zafirah! ape zafirah buat ni....' huhuhu...
shahsulong said…
nasib baik dina lukis tangan je. dan lukis diri sendiri. ada budak tu siap lukis katun kat muka baby lain kat taska. tak ke haru?

hmmm.. maintenance rumah shidah kat Puchong pon lama dah tak bayar.. isk. apsal la duit tak tumbuh atas pokok je, huhu
YOI said…
shidah - kalau la duit tumbuh atas pokok, memang aman bumi kita. takde org tebang pokok, asik tanam jekk..heheh..

Popular Posts