Aktiviti Hujung Minggu

Kalini, takde sesi masak2 (just malam lepas balik dari A famosa tu je, itupon masak simple2, kari sardin, telur dadar dan nugget ikan saje). Sesi sukaria hujung minggu haritu berlangsung kat A Fa mosa Resort, Melaka. Ada family day kompeni MOH. Terbaekkkkkk... Sebab semuanya sponsored..keh keh keh... Masuk waterworld (hari Sabtu), Cowboy Town sebelah malamnye, dan Animal Safari keesokan harinya (Ahad). Penat, tapi happy sangat2. Tengok yang tersayang happy, hati lagi jadi happy..Hehehe..


Mula2 kat waterworld after aktiviti family day and lunch kat dalam tu, semua menuju ke kolam untuk 'membasahkan' diri. Pada awalnye, takut nak kasi Dina mandi. Dia kan budak alergik. Try sikit-sikit masukkan lam air... Main2 dengan pasir,ombak. Lepas tu, trus debushhh...Orait, takde gatal2..hehehe... Suke betul dia main air. Sampai hampir tertido dalam pelampung, punya tanak naik dari kolam tu. Member2 husband yang kat keliling kitorg pon tegur, 'eh budak ni, leh tido dalam air..haha'. MOH belikan pelampung untuk Dina, tapi Dina tak tukar swimming suit pon (sebab baru jek beli time nak balik tuh..haha..before ni takde sebab tak konfiden nak masukkan dia dalam air kolam/pantai/etc). Gambar dina atas pelampung dan nak tertido pon takde, sebab ibu pon dah gedik nak masuk lam air. Takde tukang tangkap gambo. Semua sonok poye2 lam kolam. Lepas ni, leh la bawa Dina gi main air lagi... Ngee..

Malam, gi Cowboy Town. Kompeni MOH wat BBQ kat dalam tu, for dinner. Pastu ade cabutan bertuah. Kitorang dapat makhluk berbulu..haha...Ala2 mini carpet, bulu2 gitew. Ngusung lah kitorg karpet tu masa jalan2 lam Cowboy Town. Tak main ape pon kat dalam tu. Just snap gambar and shopping sket2 je. Takat2 FM, selipar untuk jalan2 kat Safari, esoknye. Sebab aku gatai pakai kasut ala2 tinggi tak tinggi tuh. So, kalau esok nak masuk Safari, mau ter'peleot' nak jalan2 kan..


Kat Safari, si Dina ni berani sangat la nak pegang binatang2 tu. Seriau ibu, takut kne gigit. Sebab binatang2 tu nampak lapar benar. So, ayah decide, belikan makanan untuk binatang2 tu, then suh Dina kasi makan. Tengah2 sibuk kasi makan, Dina leh lak masukkan karot tu lam mulut dia.. Adehla....Masa mula2 masuk Safari, ade family India ni, kasi Dina lolipop. Huhu...So, time tu juga, first time Dina makan lolipop..Sibuk dia nak suap lolipop tu kat menatang2 tuh..Haih anak ibu, ibu minta sket, tanak kasi. Kat menatang tu juga ko nak kongsi...Pastu naik feri ke Monkey Island. Dina sibuk nak kejar burung merak kat ctu.


Okla, ni sikit gambar Dina kat sana. Almaklumla, gambar dari kamera HP saje. Tak bape nak clear, tapi ade la kenangan kat sana. Sempat juga bergambar kat entrance Safari, dengan red Indian and burung kakaktua. Gambar2 tu dah selamat letak lam frame kat rumah...Kesimpulannya, aktiviti hujung minggu kali ni, sangat berbaloi-baloi. Boleh pegi lagi.. Ngee...Hahaha..


Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Personalize your own slideshow design



p/s: bakal dtinggalkan lagi minggu depan. Kali ni, 2 minggu. Makanya menyambut Ramadhan seorang diri bersama Dina, selama lebih kurang 4 hari (belum berpuasa) + 10 hari (berpuasa)...Huhuhu...Dalam perkahwinan, banyak yang aku belajar, antaranya...Pengorbanan...

Comments

Hehehhehe barang free memang best~! Kan kan kan? BTW, hidop kalau takde pengorbanan bukan hidop namanya.
YOI said…
azhar - ape2 free sure paling best kan?kan? haha...

betul, hidup mesti ada pengorbanan. Tapi kalu terkorban? sndri mau ingat la..hahaha..
Nadine said…
alaaa...kenapa x nampak ape2 pun kat tempat gamba tu?? :(
YOI said…
nadia - ait? awatnye tak nampak lak?suh member try buka kat lappy dia, ok je..huhuhuhu...tak berjodohan kot nak tgok gambar..hihi..fx tgok dari ofis dia pon ok..
YOI said…
nadia - da tukar pulak guna smilebox. taktau le ok ke tak..hehe
Nadine said…
haaa, dh bleh tgk. mekacih...komain lagi budak kecik tu dgn topi dia tu yer. cuteness! :)

Popular Posts