Cabaran.....



Dengan pertama kali ketiadaan husband masa bermulanya puasa sampai sekarang dan punya anak yang lincah lagi ligat, memang amat memenatkan. Tapi, sebagai ibu, semangat harus kental kan? Jangan dipikirkan sangat sayang waktu rehat, waktu tidur, waktu makan. Boleh stress jadinya. Letak dulu tepi semua tu, yang penting, keluarga terjaga, diri terjaga. Tidakla sampai menyeksa jiwa dan raga...(ikut formula macam gambar kat atas tu..hehehe)


Jadual sepanjang Ramadhan seperti biasa aku aturkan. Supaya semuanya terkawal. Sahur hanya dengan segelas air suam dan sebiji kurma, sudah memadai. Tiada aktiviti masak memasak sebab hanya aku je yang berpuasa. Untuk si kecil, masak untuk bekalan dia kat nursery, berjalan seperti biasa. Walaupun terdapat beberapa cabaran seperti entry2 sebelum ni, (cabaran hari pertama dan kedua berpuasa), Alhamdulillah, aku masih kuat untuk menempuhi semuanya berseorangan.


Time berbuka puasa juga, hanya sekadar air segelas dan kurma. Melayan si kecil sampai dia terlena, (selalunya pukul 9.30 malam ke atas), barulah ibu berbuka puasa dengan sempurna (makan berat sket). Mula-mula jadual diatur, supaya semasa ibu buka puasa, semasa tu juga waktu untuk Dina makan malam. Tapi, si kecil ni, sampai2 dari nursery selalunya dah minta nak makan. Selepas makan, faham2 je la. Abis comot satu badan. Dah nak kne mandikan semula, selalunye time-time ini la azan maghrib berkumandang. Selepas selesai dengan urusan si kecil, kadang2 boleh makan dengan aman sebab dia sibuk dengan mainan2 dia. Kadang-kadang, dia nak kita ade dekat dengan dia. Sebab dia ni takut pada bunyi2 kenderaan yang kuat2 (bunyi bas, lori serta macam2 lagi la, almaklumla...umah tepi jalan..huhuhuhu)


Boleh hidup tanpa seorang suami di sisi? Mungkin boleh. Tapi alangkah indahnya bila bersatu sebagai satu keluarga. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ada teman2 yang kata, tambahla sorg lagi ahli keluarga. Bagi Dina berteman. Siapa yang tanak? Tapi, cuba mereka2 tu berada pada tempat aku. Handle 2 orang anak, dengan husband takde. Family juga jauh nak membantu. Lainlah kalau boleh kemas kain baju, balik umah mertua/family sendiri. Walaupun macam tu, ketiadaan suami masih terasa kan? Nak2 lagi bila anak bertanya tentang ayah. Nasib baik Dina mungkin dah 'terbiasa' rasa ditinggalkan. Dia tak bertanya, tapi asik tengok gambar dalam frame , dan ulang 'ni? ibu...ni? ayah...ni?Dina..' Sambil tunjuk2 muka2 kami dalam gambar tu.


Dan jikalau semasa ketiadaan husband, anak sakit, ibunye boleh lagi menjaga. Tapi kalau macam hari tu? Husband berangkat ke Manila semasa aku yang sakit? Jenuh aku kuatkan semangat, cekalkan hati untuk menjadi lebih tabah. Alhamdulillah, sehari selepas itu, demam pon kebah. Syukur sangat2. Dapat tumpukan perhatian pada si kecil disamping tuntutan kerja di tempat kerja. Walaupon MOH jauh, tapi fikiran masih pada dia. Kasihankan dia yang hari2 buka puasa tak menentu. Bersahur tidak menentu. Hampir 24jam berada di site untuk menyelesaikan tugas. Tapi pagi tadi, ada perkhabaran gembira. Opening tol di Manila lancar walaupun terdapat sedikit masalah.. Alhamdulillah, lena lah tidur ibu hendaknya selepas ini... ;)


Semua ni mengajar aku erti kesabaran. Ye, aku lebih banyak bersabar dengan karenah si kecil.(tapi kat tempat kerja, hangin sokmo..haha). Cabaran yang aku lalui, hanya sebesar zarah jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi, aku seharusnya berbangga kerana dapat menempuhinya dengan penuh kesabaran dan semangat seperti gambar kat bawah ni.




p/s : Ingat dengan entry kepala Dina benjol masa Ramadhan pertama, rupa2nya kakak aku yang kedua kat kampung sudah baca laaaa...dia sudah bagitau sama aku punya emak juga la...adeh!adeh! Kejadian tu tak aku ceritakan kepada sesiapa ahli keluarga, melainkan pada kakakku yang ke-3 dan MOH, serta di blog. Sebabnya? Aku tanak mak risaukan aku kat sini. Berjauhan dengan family, dengan pelbagai cabaran. Nanti kalau mak susah hati, aku lagi la susah hati. Jadi baiknya, diam2kan aje.



p/ss: esok anniversary kami yang ke-3 tahun....takpe, tahun2 depan boleh sambut juge. Moga panjang umur, serta kukuh ikatan keluarga kami hendaknya.. Amin.....

Comments

Fedyeu said…
yoi mmg tabah! sbb tuh ALLAH bg ujian tuh yoi..

p/s/s.. kami punya jugeee! ngeeee..
Nadine said…
Aamin. Happy Anniversary to Fx & Nurul. Smoga cepat2 bagi Dina adik :)
INDA said…
Tabahkan hati... banyakkan sabar. InsyaAllah... semuanya akan berjalan lancar :)
Happy anniversary!!!!
YOI said…
tqvm...adik Dina kne tunggu ayah betul2 tak outstation lagi. pengsan kalau handle sorg2 kot...

Popular Posts