Bila bercakaran....


P. Ramlee & Saloma

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


Lagu cukup sinonim dengan keadaan rumahtangga yang tengah bercakaran/bercekauan. Aku pon tak pernah lari dari mengalaminye. Tapi idakla sampai cakar2...cekau2..auuww...auuuww jek...muahahahaha... Tapi mungkin kita atau spesifiknya aku sering lupa tentang saat-saat indah, jiwang menjiwang zaman berchenta bagai dulu. Jadi, bila mula agak2 nak bercekau tu, haruslah aku ingtkan diri ni sendiri, saat2 manis overdose semasa zaman2 muda nampak sgt dah tua.

Bagi aku, dalam kehidupan semestinya ada pasang surut. Formula yang aku harap akan sentiasa ingat, janganlah disebabkan hal yang sedikit, kebaikan, pengorbanan dia yang segunung, selautan tu aku lupakan. Tapi semestinya topik ni khas untuk orang yang berkahwin. Sebabnya, pengorbanan dan kebaikan suami/isteri tu lah yang sebenar2nya. Bukan macam masa couple. Sebabnya..masa couple tu biasa la.. time tak dapat betul-betul lagi. Haruslah sales dan promotion diri tu nak sentiasa top aje..betul tak???

Mungkin ada yang kata, perempuan selalu jadi mangsa. Tapi, pesan seorang rakan. Selagi isteri masih bernama isteri di sisi suami. Ketaatan itu adalah kunci. Selagi tidak melampaui batas agama. Seharusnya aku juga bersyukur dengan pemimpin yang Allah tetapkan oleh-Nya untuk membimbing aku.

Dia yang sentiasa disisi saat susah dan senang. Dia menjaga anak semasa aku sakit, demam. Dia yang mandikan anak,memakaikan pakaian anak dan basuh berak anak saat aku sibuk urusan di dapur menyediakan sajian untuk keluarga. Dia yang menyidai kain, melipat kain disaat aku terlena diulit mimpi setelah menidurkan anak. Dia yang sanggup berulang alik Serdang - Kg. Baru mengambil dan menghantar aku kerja semasa mengandungkan zuriatnya. Dia yang menyuap dan melayan anak makan semasa aku menguruskan rumahtangga. Dia yang mengejut aku
di subuh hari bersama secawan air untuk aku teguk kerana ingin berpuasa . Dia yang bangun di malam hari membancuh susu untuk anak apabila melihat aku keletihan tidak tersedar. Dia yang menidurkan anak dikala anak mengantuk dan aku sedang menunaikan urusan dengan Allah. Dia yang menyediakan semua makan minum kami di rumah.

Kadang-kadang aku mungkin tak tersedar, bahawa tugas dalam rumah telah kami pikul bersama. Tidak bermakna semua dia yang buat, tetapi dia membantu dikala ada kekangan untuk aku berbuat sama. Apa lagi yang aku mahu. Betul tak??? Bukan semua suami boleh lakukan seperti dia. Dan mungkin dia tidak boleh lakukan seperti suami-suami orang lain. Kerana apa yang Allah telah sediakan untukku, adalah yang sebaik2nya untukku. Pendek kata, panjang tak kata apa-apa His Complete Me....

Kalau nanti ribut melanda, harap-harapnya entry ni dapat menyedarkan aku. Betapa besarnya pengorbanan dia padaku. Dan sesungguhnya, bukan wang ringgit dan harta yang dapat aku balas dan aku harapkan atas semua yang telah diberikan. Aku harap, kasih sayang yang menjadi penyatu dan penguat hubungan suci ini..


p/s : Manusia sentiasa melakukan kekhilafan untuk membentuk masa depan yang lebih sempurna...
Mak Lijah tetiba jiwang pagi-pagi..

~ Remember, we all stumble, every one of us. That's why it's a comfort to go hand in hand. ~

Comments

Mawaddah said…
bagus tu kak.pikirlah positif :)
Unknown said…
Aku setuju jugak ngn entry ko nih. Time bercinta memang tip top nye service kan. Tp alhamdullilah, pas kawin pun setakat ni tip top lagi servicenye. Mungkin sebab lebih berkat kot (ye la dulu2 service baik pun cam dosa2 gak kan hahahah). Lebih baik bekerjasama mengembleng tulang untuk rumahtangga, dari meletakkan kerja2 rumah kat bahu suami/isteri jek kan..
YOI said…
betul sekali awak2 semua....hehehe..
-mfa- said…
Nurul...bak kata arwah nenek aku...perempuan2 sekarang jauh lebih bernasib baik dr zaman atuk nenek dulu2...sebab kita punya suami yang sangat baik dan menyanjungi si isteri...yang sanggup susah payah bukan saja urusan mencari rezeki tapi sanggup susah payah bersama2 menguruskan rumahtangga...Syukur Alhamdulillah...
YOI said…
betul tu sue. Tp aku rasa masih ramai suami yang zaman dolu2..semua letak kerja umah, bini yang buat. Tp su, terjawab la weh..nape kita gumuk. Sebab laki tolong same. Kalau idak, kurus kering kot...hahahahaha...

Popular Posts