Bila mana ada yang lain.....



Hehehehehe....entry kali ni, (sebelum aku update tentang cuti-cuti cameron highlands) takde kene mengena dengan aku. Requested from someone.Tapi kata-kata ni, keluar dari 'taipan' tangan aku..keh keh keh...

Ini tentang kisah bila ada perempuan-perempuan yang suka atau tidak sengaja mengacau/'menghimpit' lelaki yang sudah berpunya (sama ada suami orang atau boipren orang) dan orang itu pernah menjadi boiprennya atau pernah dia minat dalam diam ..tapi pe'el perempuan zaman sekarang ni, yang dah bersuami plak ada yang buat gitu.. Memang 'aku wanita biasa' sungguh laaaa... ada beberapa senario yang boleh disimpulkan (atau serkap jarang..keh keh keh) tentang orang sebegini :

1) ppuan tu nyesal kawen ngan laki dia
2) baru ppuan tu tau..'ex' dia layan dia lg baik dari suami dia skrg
3) ppuan tu mmg bukan perempuan utk dibuat bini..sebab mencari lelaki lain dengan erti kata lain cuba bermain kayu tiga..adalah perkara ditentang oleh agama (sorry, ayat kasar sket)
4) perempuan tu hanya nak test power,ade tak lg org nak kat dia yg dah 'diguna pakai' itu
5) dia hanya nak luah perasaan pada seseorang yg dia rasa lebih memahami dia..iaitu ex dia
6) perempuan tu saje je nak goda balik sesape utk dijadikan 'pemain gantian' menerima dia jika ditakdirkan jodohnye dengan suami dia tak panjang..

Dan beberapa sebab musabab yang lain, yang tak terungkap di sni sebab tak pernah lak jadi 'perempuan itu'..

Pada wanita-wanita diluar sana, jika ada masalah..better lah merujuk kepada kawan rapat (perempuan) atau ahli keluarga. Kerana mereka lebih memahami dan insyaAllah ada pendapat2 bernas yang boleh dikongsi. Dan cuba jangan berbincang dengan lelaki terutama sekali 'ex' kerana dikhuatiri ada 'Udang Di Sebalik Mee'.

Pada sang lelaki pon, kan ada perumpamaan... Bertepuk sebelah tangan, masa kan berbunyi...melainkan p tepuk dinding ke, dashboard kete ke..mcm dina..mmg lah berbunyi.. Jadi jangan la p menepuk-nepuk bagi berbunyi (paham ke bahasa kiasan ni :P)



p/s: ubatilah hati yang luka sebaik-baiknya...
: bagi 'someone' itu, bersabar lah ye...setiap dugaan pasti ada sebab/hikmahnye..percayalah..

Comments

Setuju 1000000% la..kalo bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi.. kepada sang isteri yg begitu,jganlah cube2 atau berangan2 nk men'dua'kan or men'tiga'kan sang suami okies..btol ckp tuan tanah kedaung ni (oppsss..sori) hehehhe..cite masalah kepada mak ke makcik ke maknenek ke makwe ke makwi ke..kakak ke kakangkat ke..dan seangkatan dengannya..tp jgnla la jadi 'cerdik' sgt nk cite masalah kt 'ex' tu..apda..cari nahas namenye tu..kalo ade masalah ngn suami tu bwk2la berbincang..insyaAllah boleh diselesaikan..amin..

Just bg pndapat jek..Peace No War!!
YOI said…
bagussssssssss....pengomen beginila yg akak cari2 selama ni...bleh tambah asam garam pada post akak..hehehehe...

Popular Posts