Tanggungjawab Bila Berkeluarga...

Maaf ya, entry ini hanyalah pandangan peribadi aku yg kerdil (tapi badan bersaiz besar) ini. Terpanggil membuat entry ini, bila ada yang mengadu, mengomen terhadap si polan si polan. Jiran sebelah rumah lah, ipar duai lah, dan macam-macam komplen lagi. Orang luar, tolong juga memahami..

Tanggungjawab yang agak global atau am bagi seorang suami. Memberi nafkah dan mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi, oleh kerana beban yang terhasil dek taraf hidup yang melonjak tinggi, si isteri juga keluar bekerja bagi membantu suami. Jadi di sini, tanggungjawab seorang sudah dikongsi berdua (kalau masih berdua, kot ade dua, tiga, empat wa tatau lerrrr).

Household management, orang cakap itu tanggungjawab isteri. Suatu masa dahulu dimana suri2 ada dirumah, tidak bekerja. Mungkin YA. Tetapi dengan keadaan sekarang, ianya juga menjadi tanggungjawab yang dikongsi bersama. Tiada istilah QC (Queen Control) di sini. Cumanya sama-sama menggembeleng tenaga 4 kerat, untuk kebahagiaan bersama macam cari rezeki tadi juga. Masing-masing penat ditempat kerja dengan karenah kerja yang pelbagai.

Bagi orang luar, jangan cepat mengumpat tak tentu hala bila nampak si suami menyidai kain, melipat kain, mengemop lantai..cit cat cit cat...'uihhhhhh jahhhh, ko tgok la laki si polan tuh, dah kne makan nasi xxxxxxxx dah jah oooiiii...kerja rumah dia buat, mandikan anak dia buat...memang sah la jahhhh dah kene guna2!!'. Ewah..ewah...ko taktau, bini dia tuh tgh memasak, lipat baju, basuh toilet dalam rumah..Pehtu..cit cat cit cat plak, 'Tengok bini si ponponpon tu, sampai kurus kering berkejar mengejar anak, laki dia duk membuta jek tak sedo2'. Ntahnye laki dia tengah telefon broker saham ke kan lam umah tuh. Beli sejuta stok saham untuk beli rumah harga juta-juta..sape tau???hehehe...

Banyak lagi tanggungjawab bila berkeluarga, tapi topik di atas ni yang selalu menjadi bahan ungkit/bualan hebat orang-orang disekelilingku.

Para isteri, tolonglah suami. Ringankan bebannya, suami ni banyak berfikir tentang strategi membangunkan dan memajukan keluarga. Jangan kira nak shopping,kopakkan suami (ni aku gakla ni, macam-macam nak beli). Para suami, jangan sibuk qadha tido sambil isteri berperang di dapur bersama anak untuk menyediakan makanan. Sama-sama lah turun padang.

Buat yang tinggal berdua suami isteri serta anak-anak, tanggungjawab anda adalah the real one. Tiada siapa disisi untuk membantu. Jadi, ringan sama dijinjing, berat sama ditolak guna jentolak...
p/s:i'm blessed of what i have now and forever...

Comments

dila~noor said…
betul..betull..aku sokong..orang luar jgn cpt buat kesimpulan.
lagi2 kalau time suami membantu,ade je yang tak syok didengar..
bkn sng jd isteri zaman milenium ni..ecewwah!
YOI said…
tp, masih ada isteri yang rela terbeban kerana tugas di luar dan dalam rumah nyah..salute ngan perempuan gini..aku bukan tak rela..tp sayang nak bakar lemak!! wakakaka...
Mawaddah said…
ha betul tu.same2 bantu dalam urus rumah tangga.isteri bekerjaya sekarang sangat penat dengan hal kerja dan rumah.Jadi dengan bantuan suami, pasti kerja menjadi ringan.Lepas tu senyum sampai pagi :D ngehngeh
YOI said…
ye..kita pon kne sama-sama bantu suami juge ye kawan2..hehehehe...dan kita harus mengangkat tangan menadah kesyukuran kerana dikurniakan suami yang sangat ringan tulang serta kurus (ade kaitan tak?wakakakaka)
salam ziarah.. satu kisah benar dlm kehidupan masa kini.
YOI said…
salam SAM73, thanks for ur comment.. :)
Cawan said…
kebetulan mcm 2entry na si blueewoke aritu.. :)

http://blueewoke09.blogspot.com/2009/08/pelik-sangat-ke.html

http://blueewoke09.blogspot.com/2009/08/tiada-yg-pelik.html
YOI said…
aku baru baca ko bg ni ha cawan...mmg betul ape yg korang berdua bgtau.dan, yg penting mulut2 org luar juge. kalu laki banyak tolong bini, mulut2 takde insurans ni suke suki wat kesimpulan sendiri. orang mcm ni, jeles sebenarnye kan, sebab laki dorg tak menolong..keh keh keh..

Popular Posts