Hari ini..beberapa tahun lalu....

Hari ini, 3 tahun lalu...
Jam lebih kurang 9 pagi
Kami dapat tahu, anak sudah kembali ke pangkuan Ilahi
Memang sayu, sedih rasa hati
Tapi Allah lebih Maha Mengetahui



Hari ini, 2 tahun lalu...
Jam lebih kurang 9 pagi
Doktor sahkan, mungkin bersalin hari ini
Dup dap dup dap rasa hati
Ditolak ke wad jam 1 tengahari
Dan bermula pelbagai reaksi dan aksi
Yang jerih tapi indah untuk diingati
Walaupun tidak berjaya melahirkan bayi hari ini



Hari ini, tahun ini..
Alhamdulillah kerana masih diberi nyawa di bumi ini
Ditemani insan-insan tersayang disisi
Walaupun ada yang sudah dipanggil Ilahi
Moga hati ini masih tabah untuk terus menempuhi
Kerana aku percaya, masih ada yang memerlukan diri ini

Comments

Popular Posts