Tak Suke...

Aku tak suka lead. Tambahan bila dapat ya ahlil group yang sungguh tidak ber hati-hati buat kerja. Bila diberi arahan, banyak cekadak. Tak take note. Takde buku/kertas pon untuk catit ape kerja yang patut dorang buat. Jadinye aku dah kuarkan 'workplan' with milestone that stated name, date start and etc. Bila jenguk pc, macam orang dah siap kerja. Google sana sini. Secara jujur, aku juga suka meng'google'. Tapi masih tahu limit. Masing-masing pasti dah arif dengan 'speed limit' untuk habiskan kerja. Kalau rasa speed macam 'kura-kura', janganla sebok nak google macam org buat kerja yang high speed!!!

Bagi tugas palinggggggggggggggggg senang. Copy dan paste ape sahaja daripada dokumen yang di emel dan masukkan dalam change log. Arahan dah diberi dengan jelas sejelas-jelasnye. Bila minta balik kerja tu. Tak betul buatnye. Bila tanya, faham tak arahan?? Jawapannye : faham, TAPI....
Wah..wah kau..ade tapi pulak.. Boleh dia meng'overwrite' arahan ikut suka2 ati dia. Dan kunun2 aku yang lead ni lah kan yang kne betulkan semula. Kalau camtu, baikla aku yang buat sendiri. Itupun ade 2 dokumen yang kne copy paste. Tapi dia buat satu je. Dengan alasan, same je isi dokumen tu... Helloooooooooooooooooooo...ko buka tak doc tu???ko baca tak???? Angin mula menyelubungi badan. Ketika dan saat ini, aku rasa...dorang2 ni yang lead (walaupon baru grade!!!).

Peristiwa semalam paling rasa cam nak tuttttttttttttttttttttttt sorang2. User datang cakap pasal masalah report yang di generate. So, aku minta dia forward semula emel2 tu pada user. 10 minit lepas tu aku tanya...dah send pada user guna emel polan@polan.com tuh?? Jawapan : Dah kak (suara bajet baik). Jam 3.00 petang, user call aku tanya dah hantar semula ke report tu by emel. Dengan konfiden aku jawab sudahhhhhhhhh....User kata tak dapat. Bila aku check semula emel..what the Tutttttttttttttttt...ade ke dia forward emel tu kat aku je. Lepas dak tu tau dia salah, dengan selambe dia cakap ,'akak la forwardkan pulak' (sambil dia sambung mengGoogle).. Haiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................

Dorang rasa, aku ni saje2 je ke nak bagi dorg buat kerja. Dorang ingt, aku ni bagi kerja aku kat dorg ke suh siapkan? Dorang nak ke buat kerja yang aku tengah buat? Sedar la sket, korang baru masuk alam pekerjaan. Grab knowledge selagi ada. Jangan nak tunjuk belang!! Aku ni dah bertahun kerja baru berani nak tunjuk belang2 sket. Itupun kalau ade yang lg senior, aku cover2 juga..(berlakon la sket dowl!)


Bila bagi kerja, boleh plak tak ingt. Tanya balik. Yang mana satu ye? Tak ingat, mcm banyak sangat kerja yang ko buat. Eh Dowl! Aku ni dah beranak pon suam2 kuku leh ingat tau!

Mereka2 yang mengenali mereka2 ini, tolong la nasihatkan sket. Aku bukan tanak nasihat, tapi kang aku laser, takut pulak dorg. Hantar plak surat resign. Aku rasa aku dah ckup garang, tegas. Tapi dorg pandang enteng jek. Kalau semua nak aku buat dengan alasan gaji aku lagi banyak dari korang2, korang2 ingt gaji aku ni tetiba je ke banyak??? Sebelum tuh, 4-5 tahun lepas aku berada pada tahap yang sama dengan korang2. Bukan celik2 mata gaji riban2..Dowllll!!!!!

Lagi banyak kerja korang buat, lagi banyak experience korang dapat. Lagi banyak error korang buat, lagi banyak knowledge korang dapat. Try and error la. Takdenye meletop pc korang tu klo tetiba ade error. Dowl!!!!

Comments

Diyana Khoo said…
panggg! sini pun ada juga 2-3 org cenggitu. memang lead2 yg bersuara lemak merdu lagi lantang seperti saya ini sentiasa berkumandang tiap kali kami mendengar jawapan "tak ingat la". abeh satu opis tau dia kena marah.

melampau sungguh! patut la lambat dapat kerja!
YOI said…
huhuhhuhuhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ni baru jap td user datang bagi report urgent, suh buat. Menggagau-gagau...kita dah suh tgok report2 before ni. Tak juga nak tgok. Sibuk nak google mende bukan2. Bila datang kerja urgent, 'pencacai tua' ni juga la kne buat (mungkin dorg rasa, gaji banyak, kerja mesti banyak la..panggggggggggggggggggg)

Popular Posts