Sakit Mata, Tumbuh Gigi, Fraser Hill, Balik Dari Manila




Tajuk tu pon dah nampak banyak benda tertangguh nak story mory kat blog. Cut it short lah sonang!


17-06-2010 (Khamis)
- Mula sakit mata, tapi still pergi kerja
- Family mertua sampai dari Johor tengah2 malam Jumaat itu


18-06-2010 (Jumaat)
- MC sebab sakit mata (tak teruk sangat)


19-06-2010 sampai 20-06-2010 (Sabtu & Ahad)
- Masih sakit mata
- Pergi Genting Highlands (takat Inst Aminuddin Baki dengan family IL, ada kenduri kawen)
- Sesudah kenduri, bertolak ke Fraser Hill (menginap 2 hari, 1 malam kat Whittington Bunglow - gambar update kemudian)

Budak kecik bersiap nak jalan2 kat Fraser Hill sambil mamam karipap!



- Pergi without MOH...huhuhu...
- Pukul 6 petang bertolak balik dari Fraser Hill, pergi rumah kawan FIL kat Kuala Kubu Bharu dan dinner kat sana
- 10.30 malam, sampai Equine. FIL terus balik Johor.


21-06-2010 (Isnin)
- Masih sakit mata
- Hantar Dina ke nursery dan gi klinik, amik MC. Drive, mata tak nampak sangat!


22-06-2010 (Selasa)
- Masih MC, sakit mata. Mata kanan dah bengkak.
- Dina merengek-rengek, tanak makan dan minum susu sangat. Air liur meleleh. Tak hantar nursery, dengan mata bengkak, jaga anak. Perlu hati-hati, takut berjangkit dengan Dina.
- Bawa Dina gi klinik, dan ibu pon amik ubat lagi, kali ni klinik lain plak. Tawakal saje, sebab mata dah 'ceme'. Tak berapa clear masa drive.


23-06-2010 (Rabu)
- Pukul 3 pagi, ayah selamat sampai ke rumah dari Manila (after 15 days!)
- Dina terjaga dari tidur, sebab tidur kat ruang tamu (pe'el Dina sejak ayah takde, tengah2 malam ajak tidur kat ruang tamu!)
- Terus berdiri nampak ayah, gelak2..then guling2 atas toto...amik ball. Bagi ayah ball. Peluk2 ayah sambil gelak2.
- bagi hadiah Father's Day untuk ayah, set t-tree dari Body Shop..

Set yang ibu pilih untuk ayah, wrap cantik2, tapi tak tangkap gambo :P Oh ya, dan Body Shop's Bath Lily (Olive Green), gambar dari website kecik cenonet sangat!


- Lunch kat Ani Sup Utara, Equine.
- Air liur Dina meleleh2 dengan agak teruk. Bawa ke pakar Kanak-kanak. Dapat ubat lagi.
- Pukul 10.30 malam, Family IL sampai dari Johor. Untuk hantar adik yang bongsu register start semester kat UniSEL.


24-06-2010 (Khamis)
- Dina dah ok sket. Suruh dia nganga mulut. Nampak 2 gigi geraham atas sebelah kanan dah tumbuh. (dah kuar hampir sepenuhnya dari gusi). Sebelah kiri pon sama, 2 juga. Gigi sedia ada, 4 atas, 4 bawah (bahagian depan). Dalam proses tumbuh lagi, di bahagian depan, sebatang. Total yang baru tumbuh 5 batang gigi. Total gigi 13 batang! Gusi membengkak sedikit untuk bagi laluan gigi tumbuh.
- Demam? Dina tak demam, ALhamdulillah. Cuma meleleh air liur dengan 'lebatnya!'
- Ayah bawa ibu gi pakar mata dekat pekan cina seri kembangan. Dapat ubat lagi!


25-06-2010 (Jumaat)
- Mata dah makin ok, bengkak dah surut, dah tak merah sangat
- Jaga Dina kat rumah, air liur dah tak meleleh. Dah tak merengek sejak ayah ada.


26-06-2010 (Sabtu)
- Mata dah ok, sarapan kat Ani Sup Utara.
- Pergi pasar borong, beli barang untuk masak di hari minggu (menu: sambal tumis bilis dengan petai, sup petola, daging masak kicap - husband request)
Lepas gian dah lama tak masak. Pusingan Jam -start kul 12..hihi : Sambal bilis dengan petai, sup petola dengan suhun dan fishball (dah nampak macam sup makaroni Dina! haha), Daging masak hitam (kicap lah tuh!)

-Family IL datang dari Perak (lepas adik register, dorg balik Parit, Perak)


27-06-2010 (Ahad)
- Masak sarapan, mee goreng dan nasi goreng serta telur dadar (lepas gian nak masak punye pasal!).
- Family IL balik ke Johor
- Kami gi kenduri kat Kajang (sedara sebelah mak), shopping kat Mines.



Tamatlah jadual ringkas seminggu... Sekian..


p/s: Gambar Fraser Hill akan di upload kemudian

Comments

Popular Posts