Dia...Part II

Dia...(MOH) selamat sampai ke Manila, Filipina lebih kurang jam 5 pagi tadi. Alhamdulillah..... Sebelum dia pergi, dia menunaikan segala tanggungjawab seorang suami dan ayah. Menyediakan barangan dapur, stok makanan, susu anak, pampers anak secukupnya. Menyediakan rumah seselesa mungkin (menyapu, mengemop, menukar segala cadar, membasuh segala kain baju, melipat). 'Menyetelkan' segala bil2....
Adakah aku yang suruh? TIDAK sama sekali (kecuali bab bil2..hehe).... Kerana dia yang cukup prihatin bila ketiadaan dia nanti, aku akan sibuk menguruskan berseorangan. Syukur kerana aku dikurniakan suami seperti dia. Mungkin ada yang tersenyum sinis, menyatakan semua perkara 'enteng' untuk diuruskan oleh aku kerana aku baru beranak seorang. Bukan bermakna aku tak boleh buat, tapi dia yang mahu membantu sebelum pergi 'berjuang' di tempat lain pula ;)
p/s: Entry ini khas untuk dia...betapa kami (aku dan dina) sangat2 menyayanginya (jiwang!!). Jangan risaukan tentang kami kat cni, ibu boleh handle. InsyaAllah.....kalau ada barang terkurang ke, tak cukup ke, dun worry. Ibu kan dah bleh drive...hehehehe....

Comments