Penuhkan Hujung MInggu aka Penuhkan Perut Di Hujung Minggu..
Dah puas 'berjogging' balik rumah mula sesi bersilat di dapur. Dalam masa 1 jam 50 Minit, menu kat bawah ni pon terhasil....
Nasi Beriani yang masih dalam periuk nasi (Kali ni nasi dapat markah B+ ajek..sedikit lembik lorr..haha)Petang tu, pegi pusat servis Suzuki untuk service kete kali ke-2. Adeh la, baru bape bulan jek abeh 'dilenjan' kete kecil itu. Balik dari service, pergi Taman Bukit Jalil, layan Dina main kat playground dan ibu sempat la buat2 berpeluh, guna alatan ala2 dalam gym kat taman tuh...
Malam pulak, ibu goreng donut segera untuk Dina, salut dengan choc spread (berasaskan soya, dairy free and nut free).'
Esoknye (Ahad), sarapan murtabak segera yang ibu beli kat penjara Kajang ni. (buatan banduan hokeyyy..sedap!). After sarapan, mula aktiviti 'klung klang klung kleng' lagi. Menu : Mee Rebus. Kali ni amik masa lama sket, dalam 2 jam lebey (sambil masak, telek resepi..mane tak lame.hahahaha..). Nak rebus wat stok daging, kukus ubi keledek nak kasi lembut, amik masa tu tau (Alasan!). Hasilnye...taraaaaa..
Presentation yang comot, dengan gambo dari kamera HP yang biasa2 ini...Tapi rasa? Tanya ayah Dina :PAyah Dina kata, markah 'A'. Tak pernah jumpa lagi yang macam tu kat KL (ye la, dah resepi suke2 main edit2..haha). Untuk pertama kali buat, hasilnye ok. Tapi aku rasa, bila kali ke-2, mesti k.o! Kuang..Kuang..KUang...
p/s: Orang lain nak hidup secara sihat, ibu Dina plak nak menjadi semakin 'sihat'. Resepi akan update dalam blog resepi. Bila? Ntah la..keh keh keh...







Comments
memang superbla ko..ni br btl2 menantu org johor..hehe
aku yg btl2 org johor pun tak pndai msk mcm ko nih =)
nyah..lpsni kalau ade gathering ape2 yg melibatkan suami lehla bawak mee rebus tu..
hihih
bee bucuk - auuuuwww ...malu i tau...meooowww...hahaha(gedik!)
fariq pun testing masak nasi kurma sabtu lepas. yummyy, sedapnya. hehe.
lamanya tak makan mee rebus. oh tok mak, I miss u.. (^__^)