Mei 2005 - Mei 2010 dan Perjalanan Hidup yang tak seberapa...

Sedar tak sedar, genap 5 tahun aku berhijrah ke KL. Masa mula-mula ambil keputusan nak datang KL, mak risau. Tapi aku ni anak yang degil. Boleh katakan dah biasa berdikari. Masa sekolah rendah, aku impikan sekolah yang jauh dari rumah. Sebab? Sebab aku anak bongsu yang keboringan bila ditinggalkan sendirian tanpa adik beradik lain. Jadi aku fikir, kalau duk jauh2 ni macam thrill jek. Hahaha...Alhamdulillah aku dapat masuk ke SEMESTI aka Sekolah Sains Batu 8, Teluk Intan. Hahahaha..itu nama local bagi orang2 kampung kat ctu.


Mak pernah pujuk aku balik sekolah kat rumah masa aku Form 1. Mungkin mak sunyi. Tapi aku tanak, aku nak rasa hidup berdikari kat sekolah (poyo dan degil kan aku?haha..). Tapi bila Form 2, aku plak rasa nak balik duk sekolah area umah. Time ni mak plak tak bagi (padan muka!). Duduk lah aku kat sana sampaiiiii la abis SPM.


Masa Uni plak, aku dapat UTM. Tapi masa tu, UTM Cawangan Kuantan. Register kat UTMJB, seminggu orientasi kat sana. Lepas tu, sendiri la angkut beg, baldi, naik bas yang UTM sediakan untuk hantar ke UTM Caw. Kuantan. Selama kat sana, family tak pernah datang jenguk. Sebabnye jauh, masa tu tol pon tak ok lagi. Highway sampai Exit Bentong je. Tak macam sekarang, sampai ke Pantai Timur. Kalau dari kampung ke Kuantan masa tu, makan masa hampir 12 jam perjalanan. Tapi, kakak aku yang no 3 pernah datang. Lepak2 sana lebih kurang seminggu. At least, ade juga la family datang, ye tak? hahaha...

2 tahun kat Kuantan, ramai2 dipanggil balik ke UTM JB. Jadinye berangkut la barang2 dari Kuantan, naik lori yang disediakan pihak Uni untuk bawa ke JB. Semuanya diuruskan sendirian berhad juga. Kat cni sama juga, jauhhhhhh..jadi, aku faham kenapa family tak dapat nak datang jenguk (aku pon selalu balik kampung time tu..hehe). Habiskan lebih kurang 2 tahun setengah kat JB, masa untuk pulang 'sepenuhnya' ke kampung halaman. Masa ni pon sama, barang2 aku uruskan sendiri. Time tu ada PC. Jadinye, pack elok2, post melalui keretapi. Barang2 lain, aku kemaskan jadi 1 beg besar. Yang tanak guna, tinggalkan aje..


Dah grade...carila kerja kat Kulim. Tapi takde rezeki. Maka disebabkan itu bermula episodku ke KL yang 'permai' ini. Masuk short course under PSMB-Cosmo (ACCP). Aku heret member aku masa UTM, Marlia Hasnita untuk join sekali. Walaupon dia dah sound awal2 dia tak suke programming. Risau juga aku nak ke KL sorang2. Ade teman ni, ok sket kot. Pandai2 lah nak hidup kan? Jadinye aku dengan rela hati bagi copy 'mengopy' coding masa lam kelas pada Marlia nih. Tak salah kongsi ilmu. Ye tak? Hehehehe..


Semua yang berlaku ade hikmah. Kat dalam kelas masa ACCP ni lah aku kenal mamat poyo yang asik angkat tangan jek tanya kat trainer, itu ini. Belagak tul mamat tuh. Dia ingt, dia sorang je ke leh speaking berhabuk?(trainer purely dari India) Mende simple pon nak tanya. Nyampah tul. Pehtu minta nak copy coding. Aishhh...nyampah..nyampah...Rupa2nya dia taktau pasal programming langsung. Patutla rajin bertanya. Camne ntah la dia leh sesat masuk course tuh. Bila dah rapat sket, boleh borak2, dia selalu kenekan orang lam kelas. Aku selalu gak terkena. Tapi mane leh tahan beb...aku kenekan balik dia. Memang saling kena-mengena. Time lunch, sibuk2 datang duk sebelah. Wat muka toye sambil wat lawak2 rasa cam nak belasah jek mamat tuh.


Member2 lak cakap, mamat tu ske aku. Aku kompius. Ye ke? (aku ade bf lain masa tuh..haha, tapi si dia nekad, andai aku clash dia akan 'angkat' jadik gf tanpa berlengah2 lagi.haha). Aku tak rasa dia minat, sebab dia kenekan kow2 punya. Boleh dia send to all kat YM dia kata aku -> :@) (Korang leh paste tgok ape jadi klo wat kat YM). Cam tak logik je kan kata dia minat? Jadi aku saje test power, sekali memang dia minat betul laaaa..hahahaha...sanggup beli prepaid 012 masa tu sebab SMS aku.hahaha.. Sekarang ni tau ape jadi ngan mamat tuh? Jadi laki aku la sekarang nih..hahaha..itula, nyampah2 lagik. Kan dah 'menjadi'. Wakakakaka.... Member2 yang kenal kitorg berdua dengan rapat, semuanya cam kompius, cemane la klo kitorg kawen, ade anak. Mesti anak pon pening2 pale ade parents cam kitorg. Sebabnye? Kitorg memang kaki kenekan orang, kenekan sesama sendiri. Adakah anak juga akan kami kenekan??? Setakat ni, ade la sikit2. Idup tak ceria tanpa gelak ketawa kan???hahaha...


Semua yang berlaku ade hikmah kan? Tak sia2 aku bawa diri ke KL selama ni. Di sini rupanya dah tertulis yang aku akan bertemu jodoh, membina kerjaya, rumahtangga dan membeli aset2 di cni. Moga Allah permudahkan segala urusan kami.


Dan doaku pada zuriat2ku, keturunanku, moga kalian kuat semangat dalam mengharungi hidup ini. Jangan takut untuk keluar dari 'kepompong'. Kuatkan iman dan bulatkan tekad. Set mind, ape tujuan hidup ini sebenarnya. Kalau sekadar asal cukup dengan apa yang ada. Duduk la situ sampai ke tua. Kalau matlamat itu tinggi setinggi gunung, fight for it selagi tak melanggar syariat Islam. Ibu, sebagai seorang emak, mungkin akan merasa risau. Tapi insyaAllah, ibu akan doakan yang terbaik untuk kalian. Ibu akan cuba memahami kehendak dan kemahuan kalian. Tapi kalian harus berjanji, jangan ketepikan keluarga dan agama, walau setinggi mana kedudukan kalian suatu hari nanti.

Gambo zaman muda-mudi (lom couple pon lagik)



p/s: Aih...dah terbabas banyak la dari tajuk asal...takpe la...layan jeklaaaa...hahaha...

Comments

shahsulong said…
confused memula. FX tak tau coding/programming?

lepas difikir-fikir, ha'ah, memang la. dia bukannya amik Commu pon. huhu..

tu la, rezeki dan jodoh tak ke mana :D
Unknown said…
hahahahah tu la..benci-benci, pastu sayang-sayang...korang la king and queen of GSC midvalley masa kt brickfield ari tu..huhuhuhu...
YOI said…
shah - a'ah. ingtkan dia saje nak belagak speaking...nyiampahhh..haha

na - shhhhh..diam2..korg lah saksi ditempat kejadian..hahahaha..
Nadine said…
erm nadia pun confuse jugak..

no.1) confuse pasal ayat shidah..

"lepas difikir-fikir, ha'ah, memang la. dia bukannya amik Commu pon. huhu.."

kalau amik commu tere coding ke Shidah?? Commu kan blajar pasal RF n telecommunication :P

2) bebudak computer engineering IIUM tak reti coding eh..tp ramai plak batch Fx keja jd programmer..confuse lagi.

haha..im so confused! :))
laxf said…
haha....tkdela tk tau lgsung. tp basic pn hancur kot..kt U tiru coding basid + halim + pojie je..zaman U main2..haha..bdk2 lain tu terer.lgpun yg blaja ni mende baru. Bila dipikir blk, apela yg dibelajar kt U dlu yg dipakai skrg..mayb jd muslim yg berakhlak mulia kot..hahaha
YOI said…
nadia - hopefully tak kompius lagi dengan penerangan fx itu...mungkin salah nurul kot. Kene terangkan denga terang benderang, WEB PROGRAMMING juga DATABASE..tp skrg dia dah terrorist dah nadia...keh keh keh..

bucuk - tqvm! meleraikan kekompiusan orang ramai. haha....bak kata pepatah,' Hanya Maniam Mengenal Anak Pak Johari '(akukah maniam itu?keh keh keh)
Nadine said…
wowie, fx pun ade blog ke?? pasni tunggu blog dina plak ah. hihi..

oooh, ok. barula faham yg tu. wah, tahap terrorist dh. hahaha :))

tinggal statement shidah je nadia tak paham lagi. he he he..
YOI said…
hahaha...tgokla blog dia tu nadia...'banyaaaaaaaaaaakkkkk' post dia. :P
laxf said…
haha...tk retila nk memblog ni
YOI said…
b..baru notice ade 1 post from u. sweet...cayang bucuk2 bacam!!(*geli tak??*) Hahaha...
Nadine said…
hihi..issokay fx, luahan hati seorg suami. eceh!

p.s: saya link awak ye. hehehe...

Popular Posts