Sorotan 2012
Salam,
2012 membawa 1001 kisah suka duka untuk aku dan keluarga. Permulaan 2012, kami menambah ahli keluarga...si cilik Nur Ardini Zafreen pada 05/01/2012 tepat jam 11.00 malam, via c-section kerana songsang.
Seminggu selepas itu, tanggal 12/01/2012, dalam lingkungan pukul 8 pagi, menerima panggilan telefon dari kak nyah. Ayahanda tersayang sudah kembali menghadap Ilahi pada pagi itu. Hancur, luluh rasa hati. Dini tak sempat bertemu arwah, arwah tak sempat mencium cucu bongsunya. Namun, pemergian ayah, kami hadapi dengan tenang. Kerana sudah agak lama arwah menderita sakit. Hingga kami adik beradik tak sanggup melihatnya. Perjalanan hidup arwah penuh berliku, namun pemergiannya penuh tenang. Syukur ya Allah. Tak sempat aku tatap wajah terakhir ayah, sebab masa bersiap untuk pulang, nurse dari kk datang ke rumah. Dini dikhuatiri jaundice, dan bacaan mungkin tinggi.
Aku dan suami pergi ke kk untuk check jaundice dini. Dan sememangnya agak tinggi, tapi tak perlu admitted ward. Pukul 2 ptg hari yg sama, kami bertolak balik ke Kulim. Walau sakit c-section masih berbaki, tapi aku tak peduli. Hati meronta-ronta nak lihat ayah buat kali terakhir. Tapi, apakan daya, jam menunjukkan sudah pukul 6.30 ptg. Maghrib akan tiba, maka adik beradik yang lain tak dapat menunggu aku dan mak sampai. Maka disempurnakan arwah ayah sebelum maghrib. Tak mengapa ayah, o'oi faham keputusan dibuat untuk kebaikan ayah kan.... Al- Fatihah...
Keesokkan hari, pergi hospital Kulim untuk check jaundice. Kali ni, terpaksa admit. Dikala adik beradik yg lain menguruskan tahlil ayah, aku terpaksa berada bersama Dini di ward. Aku redha. Semua pasti punya hikmah. Selepas 3 hari di hospital, akhirnya Dini boleh discaj. Dan aku meneruskan pantang di Seri kembangan, bersama Dina, Dini dan suami sahaja.
Kami diuji lagi, pada Tahun Baru Cina, Dini admitted sekali lagi. Kali ini di Hospital Serdang. Dini diklasifikasikan sebagai prolonged jaundice. Sampel darah diambil dan pelbagai ujian dijalankan. Tetapi semuanya adalah normal. Jadi doktor klasifikasikan Dini sebagai Breastmilk Jaundice. Selagi bacaan tidak bahaya, tiada apa perlu dirisaukan. Dan aku masih meneruskan pemberian susu badan kepada Dini. Hospital, Klinik, menjadi rumah kedua bagi kami sekeluarga. Pantang pon tk terjaga. Malahan kali ini tiada sesi mengurut. Jaundice Dini reda selepas 30 hari kelahirannya. Alhamdulillah.
Sekali lagi kami diuji. Company dimana hasben bekerja mengalami masalah kewangan. Sehinggakan gaji tertunggak berbulan-bulan. Mata pencarian sekeluarga terkesan disebabkan itu. Hasben mencari kerja lain. Dan setelah hampir 2-3 bulan, barulah sinar harapan menjelma. Dalam masa itu, terdapat 3 offer yang perlu dikaji sebelum diterima. Alhamdulillah, salah satu offer telah pon hasben terima dan masih bekerja hingga kini.
Seingat aku, semua itu antara cabaran terhebat kami sekeluarga. Alhamdulillah, selepas itu, kehidupan kami berjalan seperti biasa dan lebih tenang. Terima Kasih Allah....
Pada Disember 2012, Dina memasuki 'kelas percubaan' sebelum sesi persekolah sebenar bermula pada Januari 2013.
Penghujung 2012 adalah waktu bercuti bagi kami sekeluarga. Terima Kasih Allah, atas ribut dan petir yg Engkau turunkan, Engkau datangkan pelangi buat kami sekeluarga...
Antara sesi jalan-jalan pada 2012 :

Kuala Perlis
Langkawi
Bukit Bendera
Januari 2013
Sambutan Hari Lahir Dina (yang ke 4 tahun) dan Dini (setahun).
Januari 07, 2013 (hari pertama Dina sekolah) :)

Comments
2012 pun tahun yg sgt2 mencabar utk kami sekeluarga. Tahun yg penuh dgn ujian drNya.
Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dr sebelumnya. Insyaallah..