Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterimaNya. Di kesempatan ini, ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bahasa dan tingkah laku. Bagi yang pernah terasa hati, maaf dipohon..Kerana kadangkala tak dapat mengawal emosi..tambahan pula jika terasa diri ini ditipu, di auta (memang pantang dengan org yang suka putar belit) atau terasa diri ini diambil kesempatan.
Semoga Aidil fitri tahun ini lebih bermakna disamping insan-insan tersayang. Tahun ni kami bakal beraya di Pontian, Johor. Selepas tu mungkin akan gerak ke Perak dan seterunya ke Kedah. Moga perjalanan lancar dan diberi kesihatan serta keselamatan yang sempurna. Amin...
nota kecil: Alhamdulillah masih mampu berpuasa penuh setakat ini.. ;)
Semoga Aidil fitri tahun ini lebih bermakna disamping insan-insan tersayang. Tahun ni kami bakal beraya di Pontian, Johor. Selepas tu mungkin akan gerak ke Perak dan seterunya ke Kedah. Moga perjalanan lancar dan diberi kesihatan serta keselamatan yang sempurna. Amin...
Selamat Hari Raya daripada kami sekeluarga : Faisal, Yoi, Dina dan Dini ;)
Jumpa lagi selepas raya, dengan secebis dua gambar raya ;)

Comments