Susu Merudum

Salam,
Rabu lepas, 9/5/2012..suddenly stock susu dalam peti ais tinggal hanya 2 botol. Susu plak, bila diperah hanya menghasilkan 3oz sahaja satu sesi. Sebelum ni, 6oz per sesi. Kekalutan melanda jiwa. Cuba muhasabah diri dan mengkaji mana silapnya... Kesalahan yang telah saya buat :

1) Bila B bengkak pada waktu malam (semasa tidur), saya tegar sambung tidur dan tidak bangun mengepam. akibatnya saya dah tak alami B yang penuh semasa malam dan subuh ;(
2) Saya kurang minum air masak
3) Saya lambat pam semasa waktu kerja, dan kadang2 hanya pam satu kali sahaja

Punca dah saya ketahui, jadi untuk mengembalikan production..ape saya buat??

1) Pam setiap 2 jam sekali (saya bekerja dari rumah hari khamis dan jumaat, baby dihantar pada nursery seperti biasa dengan berbekalkan 5 botol ebm)
2) Rebus longan kering + gula dan minum sebanyak 3 kali minum
3) Rebus barli + gula dan minum sebanyak 3 kali minum
4) Makan oste daripada shaklee (memang dah ada, tapi culas nak makan)
5) Minum air masak dengan banyak sekali
6) Bangun ditengah malam untuk pam, walaupun hanya dapat 1oz-2oz per sesi, saya kumpul dan campur mencukupkan 3oz-4oz (bekalan untuk baby ke nursery). Saya akan bangun sebanyak 2 kali. Jam 1 pagi dan 4.30 pagi.


Hasilnya, saya dah berjaya stock up stock ebm saya kepada 12 botol. Pam setiap 2 jam sekali menghasilkan 3oz susu (ada peningkatan). Hati pon tak gundah gulana lagi. Tapi saya perlu banyakkan lagi stok, untuk persediaan outstation nanti. Doakan saya ;)

Comments

Popular Posts