Hasben...

Rasa senang hati
Tenang jiwa ku alami
Ada hasben seperti ini
Yang sentiasa ada saat duka
Yang ada saat lara bersama
Ya, manusia memang tak pernah puas
Macam tu juga aku kadang-kadang tewas
Moody sehingga dia terkena tempias


Tapi serius untuk aku luahi
Aku bangga ada dia sebagai suami
Sekarang keadaan tak sama sebelum ini
Aku berbadan dua dengan ada sedikit komplikasi
Walaupun tak seberapa
Tapi aku perlu lebih waspada


Dan saat ini
Ada dia hasben mithali
Hampir semua tugasan di syurga kami, dia kendali
Tugas yang patut dipikul isteri
Aku tahu dia sayang anak ini
Walaupun sambutan tak macam yang sulung
Tapi ini masih anaknya yang aku kandung
Aku sedia maklum semua ini
Sejak sebelum mengandung lagi
Kerana rata-rata semua wanita alami


Walau apa pun yang berlaku
Dia hasben yang sentiasa bertakhta dihatiku
Pintaku hanya satu
Agar dia bersabar hingga tiba saat itu
Saat zuriat ini berada dipangku
Dan aku kuat untuk berbakti padamu
Akan aku tunaikan semuanya sehabis kudratku
Dan pastinya ini janjiku.........

Comments

Popular Posts