Kekacauan Kebilauan..
Mungkin ada yang tahu kekacauan aku last week. Mak diserang minor stroke kat kampung, husband aku outstation kat Manila menyebabkan aku takleh sesuka ati nak terjah balik kampung. Kakak2, melarang sama sekali aku balik, sebab dorg risaukan aku dan Si Dina yang SANGAT aktif tu. Dorang takut tak terhandle aku nanti dengan Dina.
Hari Selasa petang, jiwa sangat2 kacau. Hampir langgar van, dan dah langgar pon bumper tempat parking depan kedai Ani Sup Utara, petang masa balik kerja. Abeh calar kete aku tuh. Huhuhu.. Niat nak belikan dinner untuk Dina, bihun sup kegemaran Dina. Tapi dalam otak, macam-macam aku fikir.
Hari Rabu, dah tak tertahan lagi gundah dihati (jiwang!). Dari hari Isnin, website Air Asia and MAS menjadi pojaan hatiku. Klik sana, klik sini, sampai part payment, terhenti. Huh! Takde yang menyokong aku balik (dari ahli keluarga) menyebabkan niat terbantut. Hati nakkkkk sangat balik. Last2 dah tak tertahan lagik, nak beli ari rabu untuk flight ari Khamis. Mana boleh dong, sebab bawah 24 jam. Last2 minta tlg anak sedara yang kat MIAT tolong belikan.
Jadi,terjadilah tragedi balik main redah jek antara aku dan Dina. Bawa pon, baju Dina jek lebih dengan segala tin2 susu bagai. Aku? Hanya pakaian di dalam dan 2 helai baju. AKu takpe, leh pinjam baju akak2 kat kulim, Dina? Kalu tak ckup baju? Takkan nak pkai baju anak sdara aku yang umur 5 tahun tu kan? Hehehehe...
Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali. Walaupon sangat mencabar membawa anak yang sudah ada 'kaki'. Nak beratur, check-in. Dina nak tawaf semua tempat. Risau jek ilang. Masa 'scan' badan kat pintu masuk, Dina minta lepas, berdesup dia lari masuk sorang2. Adehhhhh... Jenuh..jenuh... Mulut asik mengomel 'katebang..katebang' (Kapal Terbang). Dia tak pernah tgok dekat2. Selalu tgok yang terbang kat langit. Ye, dia dah kenal kapal terbang daripada yang terbang kat langit tuh.
Balik Kulim, Dina sangat behave. Dia tahu ibu dia mesti, wajib, tolong meringankan kekalutan kat umah opah dia. Opah Dina beransur sihat, Alhamdulillah... Dan mak-mak sedara tak abeh2 memuji Dina sebab dapat jawab ape yang dorg tanya. Sampaikan mak aku cakap, ada budak umur 2 tahun yang baru boleh menyebut mak dan ayah. Alhamdulillah. Mungkin memang budak zaman sekarang, cepat menangkap ape yang kita ajar. Dia dah kenal mostly of animals selain dari cat and dog. Kenal bentuk yang basic; bulat, star, bujur and etc. Hampir ke semua nama ahli keluarga sebelah aku walaupon jarang jumpa.
Hiraf - Giraffe
Laiyen - Lion
Tegar - Tiger
Olat - Bulat
Macor - Mak Chor (akak aku)
Mangah - Mak Ngah (akak aku)
Aiman - Aiman (Anak sedara aku)
Kak Yom - Kak Yong (Anak sedara aku)
Tok - Tok (ayah aku)
Opah - Opah (mak aku)
Mak Yam - Mak Yang (akak ipar aku)
Mak Lom - Mak Long (akak aku)
dan banyakkkkk lagi.. Dan syukur, di awal umur ini, dia sudah boleh memahami hampir kesemua arahan yang diberi.
Dua beg ni je ibu bawa, strategi nak senang angkut dengan Dina..hehe..
(kat ruang menunggu airport, gate 12, kami antara terawal..hehehe..flight delay, kul 2 baru fly..fly...up..up..and away...)
Memuting sambil melihat laut (atas Jambatan Pulau Pinang dalam limo airport, menuju Kulim)
p/s: Hati masih tidak sepenuhnya tenang
Dua beg ni je ibu bawa, strategi nak senang angkut dengan Dina..hehe..
(kat ruang menunggu airport, gate 12, kami antara terawal..hehehe..flight delay, kul 2 baru fly..fly...up..up..and away...)
Memuting sambil melihat laut (atas Jambatan Pulau Pinang dalam limo airport, menuju Kulim)
p/s: Hati masih tidak sepenuhnya tenang





Comments
Tapi tak tahan tgk muka dina tersengih macam tak de apa2 berlaku, sambil minum air ribena huhuhuh
tq na.
kene sogok dia na. nak2 lagi air ribena tu dah berbulan2 dia tak minum. bila dapat, baik la sket dia. Kalu tak, berlari ke sana sini. Feninnnnn....
Comel giler dia senyum posing dgn air ribena tu :)
How's ur mom? bp dia dh normal?
Setakat ni ok. Tapi kadang2 macam nak jadi lagi. BP dia still tinggi, 175.
tapi dina kn ade penawar duke...geram tngk dina...dapat nk picit2 jer..comel btul..muke die ngan 'erny' 2 pun cam dah nk sme..hehe..
Erny sama dgn Erina. Betui tak? keh3..
bersihkan kentanng (tak perlu kupas kulit, rebus sampai empuk. then kisar. lepas tu tapis. minum air rebusan kentang tu. amalkan 2 kali sehari.