Dia...Part III

MOH pagi tadi dah selamat sampai kat Manila. Sebelum dia pergi, Sabtu aritu kobar2 nak masak telur ikan. Sekalikkkkk... Tarak la plak kat pasar borong. Time2 gini la takde. Last week ade je. Keciwa.... Harap2 MOH tak keciwa dengan wife dia yang mengwar2kan nak masak telur ikan tuh, tapi tak jadi masak. Then masakan ari sabtu aritu sungguh la tak sedap, sebab tarak mood. Huk3...
Gambar pon malas nak tangkap, sebab masak biasa2 je, siakap 3 rasa, goreng garing ikan selar, buncis+suhun+tempe goreng kering dengan kicap. Sungguh tak menyelerakan!


Malam tadi, before MOH gi Manila, kitorg makan kat Restoran Tempoyak. Baru buka kat area Equine tuh. Sederet dengan Klinik Qistina, belakang pasar borong Selangor. Makanannye, sedap! Tapi tak variety sangat. And of cos semuanya berasaskan tempoyak. Kitorg order Ikan Patin Buah Masak Lemak Tempoyak (ape beza patin buah dengan patin biasa? ntahla, aku rasa sama jek..harganye yang mahal! hehehe), Patin Bakar dan Sayur Pucuk Ubi Lemak Tempoyak dengan Petai. Memang mabeles... Tapi tak tangkap gambar..


Pagi tadi, Dina bangun agak lewat. Sebab dia tido lewat malam tadi. Dekat kul 1 pagi. Kali ni, 1st time dia tengok ayah dia berangkat pergi OS. Selalunye dia dah tido. Mungkin sebab terlebih tido petang tuh. Kesian dia nangis2. Bangun je pagi tadi, dia tgok tempat ayah dia tido. Sambil kata 'Ha....ha...ayah hilam' (sambil buat tangan macam takde tuh) - Maksud ayat : Ha...ha (buat2 macam terkejut)..ayah hilang..huhuhu..


Nasib baik seminggu aje MOH takde. Dan aku pasti Dina akan melontarkan suara meragam dia bila balik nanti. MOH balik lewat ari jumaat aritu pon ckup la buat dia amuk. Bila nampak jek MOH masuk umah, terus mood bertukar menjadi baekkkkkk...

Ayah, ibu harap ayah selamat kat sana, dan cepat2 balik ye..hehehe... Dina, biar ibu setelkan. Kalu nakal sangat..ibu cubbiiitttt dia..muahahaha (jahat tul!)


p/s: Dina boleh nyanyi sket2 lagu 'Burung Kakak Tua', part 'Burung akak tua, nenek sudah tua, gigi tinggal dua' (ikut ske dia je nak skip2) dan lagu 'Ibu...Ibu..Engkau lah ratu hatiku'. Tapi bila mood nak nyanyi dia membuak2, akan terhasil lah lirik.. 'Ibu...Ibu...Engkau sudah tua..' (sampei ati anak ibu tau! huk3)

Comments

shahsulong said…
hahah.. Dina ni, chomel la!

tengs nurul, you cheer me up today..
YOI said…
ida - tang nyanyi tu ke? Dia memang suke rekacipta. Tapi setakat arini, bleh tangkap dia punya melodi. Paling tak tahan, bila selamba dia nyanyi 'Ibu...Ibu...Engkau sudah tua..' (dengan melodi campur dua lagu tuh..huhuhu)
Nadine said…
Hahaha! Lawak la Dina. Bab nyakat dia ni turun ayah dia kot..ehehe! Hang in on there you two, seminggu tak lama. Pejam celik, pejam celik...dh weekend. (ayat penyedap hati diri sendiri jugak sbb x lama lagi turn Fadzil pegi Oslo again! *sob*)
Diyana Khoo said…
ahahaha. dina punya lagu lawak la.

fx kena p lagi? uishhh, both of u are very strong. kalau cd tatau la. memang dah import maktok n wan dari penang mai sini teman. hehe.
YOI said…
nadia - dah immune sket dah. sket jek. tapi banyaknye tak immune. Hahaha...

cd - kalau la bleh import, mmg nurul nakkkkkkk. Tapi apakan daya, emak pon jaga anak menakan kat kulim. Skrg admit wad pulak. Lagi2 la nurul kat cni tak tenteram :(
Anonymous said…
well, like mother like doter kan?hehe..

celet la kt dina!hee
YOI said…
fara - ko nak kata aku kaki sakat lah tu eh...sorry sket, aku ni dari kecik lagi baekkkkkkk... tui tak cik saloma? ngeh3

Popular Posts