Aktiviti Hujung Minggu
Sabtu (17/07/2010), patutnya ada aktiviti dengan company (tapi aku cabut awal, lepak kat ice room Nilai dengan ita and mila..hehehe..kul 11 lebih dah blah. Padahal kul 10 baru sampai Nur Bukit Unggul. Ya Ampun Bos!!). So, malam before tu, gi Giant Kinrara beli barang2 dapur utk masak dan tinggalkan pada yang tersayang.
Sediakan bahan sesiap malam tu, jadi esok leh start masak pepagi buta
(potong segalak bawang2, fishball, cuci bersih keli dan rendam ngan asam, rendam sawi dengan air garam)
Sebelum pergi pagi tu, sempat bawa Dina gi playground, suke betul dia!! (Mandi pon belum, ayah lah yang mandikan dan layan Dina lunch!)
Ini pula, gambar masa malam balik dari Kulim aritu (13/07/2010). Sampai2 je Equine, trus gi Jusco dan cari patin untuk dimasak. Lom hilang penat travel, aku dah kelentung kelentang kat dapur. Demam durian punya pasal (demam bola dah abeh!)
Patin Masak Lemak Tempoyak dengan Timun. (Tempoyaknye beli kat Ipoh, masa singgah hantar ayah kat Simpang Pulai)
Masuk topik lain jap ; saya ada sorang kawan, yang tetiba menyepi, tapi aktif ditempat lain. nape dia sentap?
Sediakan bahan sesiap malam tu, jadi esok leh start masak pepagi buta(potong segalak bawang2, fishball, cuci bersih keli dan rendam ngan asam, rendam sawi dengan air garam)
Hasil esoknye...
Sebelum pergi pagi tu, sempat bawa Dina gi playground, suke betul dia!! (Mandi pon belum, ayah lah yang mandikan dan layan Dina lunch!)Ini pula, gambar masa malam balik dari Kulim aritu (13/07/2010). Sampai2 je Equine, trus gi Jusco dan cari patin untuk dimasak. Lom hilang penat travel, aku dah kelentung kelentang kat dapur. Demam durian punya pasal (demam bola dah abeh!)
Patin Masak Lemak Tempoyak dengan Timun. (Tempoyaknye beli kat Ipoh, masa singgah hantar ayah kat Simpang Pulai)p/s: Minggu ni nak masak ape pulak??





Comments
durian tetap best :)
wah, pandainya nurul masak ikan patin masak tempoyak. care to share the tips hilangkan hanyir ikan sungai? :)
nadia - nurul beli kat kulim. adik jiran yang buat. dia jual kecil2an. Sebungkus rm2.50. Tak perasan lak jenama ape, ke nama abang tu, ismail kot.hahaha...
hilang hanyir tu, nurul wat cam biasa je. rendam dalam garam kasar dan asam keping. kalau dapat asam jawa pon lagi ok. Dan kalau masak tu, letak serai/daun kenyit lebih2 sket, kasi wangi. Hehe..