Sedikit Pengalaman/Pengetahuan Untuk Dikongsi Bersama

Salam..
Sekarang ni dah tiba lagi dan lagi dan lagi musim demam, selsema, batuk dan macam-macam lagi. Yang merisaukan kita adalah bila anak kecil kita jatuh sakitkan? Dengan pengalaman tak seberapa berkampung di hospital sebab anak sakit, ingin dikongsikan bersama beberapa pengalaman dan pengetahuan yang ditimba semasa sepanjang di hospital kerajaan dan pengalaman sendiri di rumah.
Bila anak cirit dan muntah
1 - Soalan : Ada tak ahli keluarga atau budak2 kat nursery (bagi yang duduk kat nursery) yang cirit dan muntah?
Jika ada, sila jauhkan pada mereka2 ini. Sekiranya ibu/ayah atau orang yang menjaga anak itu (kes tiada sapa yang sihat dapat jaga) yang mengalami simptom2 tersebut, pastikan tangan, kaki, mulut dan apa jua kontek dengan bayi/anak anda bersih sebersih2nya. Gunakan sanitizer sebelum memegang bayi/anak anda.
2 - Soalan : Berapa oz/ml yang telah diminum dan makanan pejal yang telah anak anda makan dalam beberapa jam setelah mengalami cirit dan muntah dan frekuensinya? (Sila catat dalam kertas jika susah sangat nak ingat)
Ini penting bagi memastikan ada amaun air dan makanan yang masuk sepanjang anak anda cirit dan muntah2. Ini bagi mengelakkan dehydration.
3- Soalan : Anak anda aktif dan masih boleh makan dan minum?
Jika ya, anda tidak perlu terlalu risau. Jika tidak, anda harus memaksa untuk anak anda makan dan minum walau sedikit. Perkataan paksa macam kejam kan? Bukan la paksa sampai suh dia nganga sungguh2. Suapkan sikit2. Tapi yang penting harus sentiasa beri. Ini bagi mengelakkan dehydrasi.
4- Soalan : Berapa frekuensi cirit dan muntah tersebut dan bentuk yang keluar?Pejal? Cair? Lendir?Berserat?
Ini penting, bila berjumpa doktor ini antara soalan akan ditanya untuk memastikan tahap keseriusan simptom tersebut. Jika yang keluar semata-mata cecair, in take of water kena diberi dengan lebih kerap. Jika beransur bertukar berserat, ini tanda yang +ve. Cirit makin beransur pulih.
5 - Soalan : Adakah muntah dan cirit tersebut bercampur darah?
Para ibu dan bapa2 jangan geli dan segan ye menelek hasil buangan anak anda. Jika ada darah, sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera. Dikhuatiri terdapat kecederaan pada organ dalaman seperti usus dan lain-lain. Dan ini memerlukan rawatan segera seperti antibiotik dan sebagainya.
6 - Soalan : Adakah anak anda kencing dan berapa berat? (ini jika admit wad, setiap kali tukar pampers kena gi timbang- sama ada kencing atau cirit, semua kne timbang dan catat)
Ini juga bagi memastikan fluid ckup dalam badan anak anda. Check lampin pakai buangnya sekiranya dia tidak cirit.
7 - Soalan : Adakah nampak mata anak anda terkedalam(sunken eyes)? Ubun2 mendap ke dalam?
Jika ya, itu salah satu tanda dehydrasi
8 - Soalan : Adakah anak anda alergi pada apa-apa antibiotik/makanan/ubat?
Ini penting, untuk membantu doktor memastikan ubat yang sesuai untuk anak anda. Sekiranya anak anda minum susu formula berasaskan lembu/haiwan. Doktor mungkin akan menasihati untuk menukarkannya kepada susu dari soya buat sementara waktu. Ini kerana perut yang mengalami cirit-birit mungkin 'penat' bekerja untuk mencerna protein dari haiwan tersebut yang lebih kompleks daripada yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.
9 - Soalan : Adakah anak anda muntah immediately after feeding? Dan adakah muntahnya jenis yang tersembur jauh?
Jika ya, ini mungkin terdapat jangkitan dan perlu dipantau rapi.
Peringatan:
1) Jika anak anda dibekalkan dengan ORS (air garam) beri anak anda minum air tersebut dengan kerap. Dan boleh ditambah dengan air glukosa untuk mengembalikan tenaga.
2) Basuh bersih tangan anda setelah membersihkan anak anda untuk memastikan kuman tidak menempel di tangan anda semasa mengendalikan si kecil.
3) Sediakan makanan yang mudah dicerna dan dihadam seperti bubur yang lembut, roti lembut dan jauhkan daripada makanan bergoreng dan dari sumber daging untuk sementara waktu. Kerana makanan bergoreng akan menyebabkan cirit birit bertambah teruk. Dan perut masih tidak kuat untuk bekerja keras untuk pencernaan.
4) Beri anak anda minum dengan seberapa kerap yang boleh. Walaupon sedikit dan mungkin anak anda akan muntah selepas itu. Tetapi tak mengapa, berikan juga.
5) Simptom cirit akan berlarutan beberapa hari mungkin tetapi najis semakin bertukar daripada cecair kepada serat dan terdapat sedikit pejal. Ini tanda yang baik. Anak mungkin beransur pulih.
Bila anak demam/batuk/selsema
1) Soalan : Berapakah temperature anak anda? (perlu adanya termo di rumah, dan digalakkan yang boleh check suhu dari telinga - untuk panas dalam dan yang biasa seperti check dari dahi/ketiak)
Ini penting untuk memastikan betapa tinggi temp anak anda dan action selepas itu. Kalau di hospital gomen, tak digalakkan memasukkan ubat melalui bontot terlalu kerap. Memang ia akan menurunkan suhu badan dengan cepat. Tetapi ia juga boleh naik dengan tiba-tiba. Selalunya ia diberikan untuk temperature yang terlalu tinggi seperti 38/39 celcius.
2) Soalan : Adakah badan anak anda panas? Kaki dan tangannya sejuk dan sesekali menggeletar seperti kesejukan?
Jika ya, ia menandakan suhunya sangat tinggi. Dikhuatiri anak boleh terkena sawan jika temp terlalu tinggi. Lap badan anak anda dengan air biasa (tidak terlalu sejuk). Lap bahagian yang panas, seperti badan, bawah ketiak, kepala terutamanya. Semasa dihospital, nurse galakkan aku tanggalkan segalak baju dina, tinggal diapers sahaja untuk aku lap badan dia. Kerap lap anak anda untuk membantu menurunkan suhu badan.
3) Soalan : Ada ubat demam?
Jika anda sudah mendapatkan ubat demam daripada klinik, pastikan ianya diberikan MENGIKUT jadual. WALAUPUN anak anda sedang tidur. Kejutkan/picitkan sedikit-sedikit ke dalam mulut. Jangan sampai tersedak. Ibu2 dan bapa2 boleh set jam jika takut terlelap. Kalau kat hospital, nurse datang kejut. Kalau kat rumah, perlu kesedaran sendiri.
4) Soalan : Anak sudah kebah demam sejak 2 jam yang lalu. Adakah perlu untuk memberikan ubat demam?
Ya, perlu untuk tempoh 24 jam berikutnya. Ini bagi memastikan demam tersebut betul2 sembuh. Di hospital, ubat akan dibekalkan on time untuk ibu berikan pada anak, walaupun nurse check suhu adalah stabil sebelum itu.
5) Soalan : Berapa hari anak anda telah demam?
Jika lebih dari seminggu dan demam yang on-off, better rujuk semula pada doktor anda. Selalunya doktor akan memulakan antibiotik untuk kes seperti ini. Demam disebelah malam sahaja juga, perlu di beritahu kepada doktor, kerana ini mungkin simptom demam yang lain.
6) Soalan : Adakah selsema jenis yang tersekat/tersumbat dalam hidung?
Jika ya, mungkin doktor akan memberikan ubat titik untuk dititikkan dalam hidung untuk mengelakkan nose blocking dan anak susah bernafas
7) Soalan : Warna hingus anak anda?
Jika hijau, mungkin terdapat jangkitan kuman dan perlukan ubat yang lebih.
8) Soalan : Ubat selesema? Ubat batuk?
Kalau kat hospital kerajaan, tidak akan diberikan. Jika di swasta, better minta yang tak mengantuk. Ini kerana anak yang sakit kadangkala tidak aktif. Jika ambil yang mengantuk, kita tidak tahu dia tidur kerana sakit? atau kerana ubat? Situasi ini kadangkala mengundang bahaya.
Untuk batuk, kalau kat hospital, dia akan check sama ada salur pernafasan sempit atau tidak. Jika sempit, anak anda mungkin digalakkan mengambil gas nab 4 jam sekali hingga salur sudah kembali seperti biasa.Ubat? Tidak diberikan. Jika di swasta, minta yang dapat mengembangkan saluran dan tidak mengantuk. Ini untuk kes Dina sebab dia pernah sedut gas kerana the last time pernah salur sempit. Ini untuk mengelakkan situasi tersebut berulang
9) Soalan : Anak masih batuk?
Boleh cuba berikan sedikit madu bercampur air. Ini dapat mencairkan kahak dan anak akan memuntahkan jika kita menepuk belakang anak semasa batuk. Jadi kahak tidak akan terkumpul di paru2.
10) Soalan : Anak anda masih aktif, bermain, makan, minum seperti biasa?
Jika ya, nothing to worry too much. Jika tidak, pantau suhu (jika demam) anak anda dengan kerap dan pastikan untuk lap badan anak anda.
Mungkin terdapat info yang tertinggal (dah makin lupa ingatan) jadi harap maaf ya...Tetapi setakat ini yang dapat dikongsi bersama. Jika salah, sila tunjukkan....
Tips kepala benjol :
1) Bancuh air asam jawa dengan garam dan sapu pada tempat yang benjol.
2) Tuamkan dengan ais yang dibalut dalam towel
3) Pantau hingga 24 jam. Jika terdapat tanda-tanda muntah berterusan atau anak tidak aktif, bawa terus ke hospital (dikhuatiri terdapat pendarahan dalam/darah beku atau keretakan)

Comments