Ekzema Oh Ekzema...

Kali ni nak story mory pasal 'penyakit' anak kecilku Dina. Dina dapat ekzema ni sejak dia umur 2 bulan lebih mcm tu. Mula-mula lahir, kulit cantek...tulus,mulus...lama-lama masa dalam pantang, bahagian pipi dia naik mcm ruam susu merah-merah..ingtkan masa tu, ruam susu biasa. Sebab fullybf, susu mengalir kene kat pipi dina, aku lap ngan kain je. Lepas tu tgok makin banyak pulak. Jadi aku pon menggoogle lah cara nak kurangkan 'ruam susu' ni. Jumpalah satu forum ni, dia cakap letak minyak johnson baby tu. Dengan konfidennyehhhh aku pon sapu la sebelah malamnye nyahhh ooiii....banyak pulak tu... hasilnyeee..taraaaaaa...

Gambar masa ekzema kali pertama, semasa masih dalam pantang

Ha kauuuu..terkejut mak..opocot! Kesian anak aku...huhuhuhu...esoknye terus bergegas ke klinik kat area umah mak kat Kulim. Bila gi sana, doc cakap. Ini dinamakan ekzema. Sekarang ramai bayi kena ekzema sebab keadaan cuaca dan persekitaran yang tercemar. Dan dia advice aku untuk fullybf anak, untuk kurangkan kesan ekzema ni. Oh..kesiannye. Doc bagi ubat yang agak kuat untuk disapu pada pipi Dina. Tapi boleh guna 3 hari je sebab ade steroid. Lepas sapu, Alhamdulillah dah hilang. Dan sangat menakjubkan time tu ekzema dina hanya pada bahagian pusat dan keatas. Tetapi sekarang, dah ada sampai ke kaki.

Masa umur dia 4 bulan lebih, dia penah kena serang ekzema paling teruk. Kepalanye jadi gatal dan berair. (agak je dia gatal, sebab dia 'gesek' kepala dia pada bantal sampai melecet!). Time tu mandikan dia dengan mandian Anakku. Sampailah dia tetiba demam kuat. Bawa dia gi klinik Qistina dekat Equine. Dari ctu lah aku tahu yang ekzema ni kne banyak pantang makan. Dan aku pulak breastfeed dina masa tuh kan. Jadi, ape aku makan akan pergi pada dia. Doc cakap, aku kene elakkan makan kekacang terutamanya kacang tanah, telur. Memang dalam minggu tu aku banyak makan kek. So, mungkin sebab itula cepat naik ekzemanye. Mandian dia plak kne mandian khas je, kitorg guna jenama Cetaphil. Lepas mandi, kne sapukan moisturizer Cetaphil (bapak mahal..ibu dia pon takde moisturizer2 ni) 1 badan untuk mencegah kehilangan air melalui kulit (pesakit ekzema berkulit kering). Dan sapu cream hydrocote pada yang merah2/bintik2/gatal2.

Doc ada tanya pasal family. Siapa yang ada ekzema (alahan pada sebarang jenis makanan/habuk and etc). Malangnya, kedua2 family ade.Jadi, anak 50% chances untuk kne ekzema ni (siap dapat buku cara pemakanan kanak-kanak allergy ni). Dan aku pon masa kecik-kecik pernah semput/asma. Itupun faktor penyumbang terbesar. Kesian Dina...
..aku pon kuat ekzema,tangan kasar mcm bontot kuali! - alergik pada sesetengah detergen,dan alat makeup! (Nasib baikla masa kawin aritu boleh makeup, Allah nak tolong bagi nampak 'semenggah' sket masa kenduri kot..hehehe)

Selepas semua tu, ape sahaja aku makan, aku akan tgok pada Dina. Ada tak naik rashes. Bila makan ayam..naik rashes. Bila minum susu lembu/biskut ade susu, Dina naik rashes. Time tu aku fully bf, maka sangat senang nak detect ape yang effect dia. Maka aku pon pantang sama (tpi berat masih up..up..up and away...hahaha).

Sekarang, ekzema Dina agak terkawal. Tapi dia ada habit. Menggarukkkk sebelum tido. Kadang2 aku yang tgok pon stress...nak kne kawal dia dari menggaru dengan jayanya. Dan kuku DIna kene sentiasa pendekkkkkk...

Kos menjaga anak ekzema sangat tinggi...Kami spend hampir 1K everymonth untuk keselesaan dia. Dari segi mandian, makanan, susu (susu soya, maheiiii), nursery (bayar same jek ekzema ke tk..hehe).. Bab susah sket,nak jaga makan minum kanak-kanak ekzema ni. Smpaikan aku tak sampai ati nak makan ape yang dia tak boleh makan depan dia. Doaku, moga-moga semuanya terkawal dan pulih. Senang aku nak kasi makan dan bawa jalan-jalan. Apa ada di kedai boleh dia makan.

Tapi semuanya penuh hikmah. Bila keadaan dia macam ni, aku lebih menjadi 'ibu'. Makanan untuk dina ke nursery, aku masak, aku bekalkan. Sebab takut dia bercampur makanan yang dia alergik. Pernah masa raya haritu, aku la gatal bagi Dina rasa kuih raya. Bengkak 1 muka kauuu..kalut gi klinik. Jab kat bontot. Doc kata, kalau lambat kita taktau ape lagi yang bengkak. Kalau salur penafasan bengkak, boleh bawa maut.. Ya Allah...seriau!

Cadar/tilam/bantal Dina kat nursery aku bekalkan. Walaupon nursery sediakan untuk dia. Sebab aku tanak anak aku gatal2 badan dia sebab bercampur dengan tempat org lain. Cadar, sarung bantal dia kat nursery, aku amik dari nursery. Basuh sendiri. Sebab aku takut sabun basuh yang dorg guna tak sesuai dengan Dina. Kuku Dina, aku akan pastikan pendek. Setiap minggu WAJIB potong. Sebelum ni dina duduk dengan babysitter. Masa tu, babysitter banyak buat benda2 tu termasuk masak. Tapi, aku masih masak untuk Dina masa tu. Sekarang, aku rasa lebih puas. Sebab semuanya aku uruskan. Dan hanya Dia yang tahu betapa aku inginkan anak aku sentiasa selesa dan sihat.

Korban masa, wang ringgit bukanlah persoalannya. Cuma satu yang aku gagal. BF Dina hingga 2 tahun. Dan aku masih cuba memberikan yang terbaik untuk Dina. Tanggungjawab yang aku dan suami pikul hanyalah cebisan kepayahan membesarkan anak. Ada yang lebih hebat ditanggung orang lain. Kami bersyukur dengan kurniaan-Nya yang hebat ini. Dan aku sangat-sangat bersyukur mempunyai suami yang sangatttttttt penyabar melayan karenah anak yang sibuk menggaru. (Kadang-kadang aku jadi amat stress sebab taktau nak buat ape bila dia merengek gatal)

p/s : aku kongsikan ini untuk mereka-mereka di luar sana yang senasib denganku. Dan aku tidak perlu malu untuk berkongsi. Hidup tak selalunya indah, tiada sebab untuk aku berlagak hidup aku penuh kesempurnaan, kerana tiada yang sempurna melainkan Dia....

Comments

Unknown said…
Alahai kesian nye Dina, kecik lagi kena mcm nih. Chances untuk ilang penyakit ni ada tak? tang gatal2 tu tak tahan, aku sendiri pun tak leh tahan kalau kene penyakit gatal nih, inikan pulak budak.. Bagus gak info ko nih, kalau tak aku sendiri tak tau apa jadah ekzema nih huhuhu..
YOI said…
Chances ade...ada yang meningkat umur, makin hilang ekzema. Ada yang suffer sampai besar. Mcm aku sndri mmg ade ekzema dari kecil sampai besar. Apa2 pon, kne train anak tu terima diri dia seadanya. Takut dia rasa rendah diri plak bila skolah nanti.
Diyana Khoo said…
insya allah. harap hilang eczema dina nanti.

nursery hadif takde sediakan tilam or bantal. sebab nursery pentingkan hygiene. parents kena bawa sendiri tilam n bantal. seminggu skali diaorg kasi bawa balik basuh. kalau bawa tilam besar, bawa la balik tilam besar tu. ahahah. cam hadif pakai toto je.

cd pun masakkan untuk hadif. tanak kasi dia mkn nestum lagi sebab kandungan gula tu. mostly recipe idea dari mummy faaz ;).

hope mereka membesar dengan sihat dan terlindung dariNya.
YOI said…
ic..betul la...kandungan gula dalam nestum. Dina pon Nurul dlu sangat2 jarang bagi nestum. Kalau terdesak sangat2..tu pon leh kira ngan jari bape kali dah bagi. Cuma skrg ni, dah intro sket2, bagi roti cokelat and raisins gardenia tu, chipsmore. Sebab DIna underweight, Nurul ikut guideline daripada dietician. Kalau tak, takut juga nak bagi mcm2 pada anak.
Mawaddah said…
sian dina.dugaan kak, Tuhan anugerahkan dina..DIA bagi juga dugaan.smg tabah, takpe ia buat akak ngan faisal jadi kuat.insyaallah semua benda ade hikmah.
ida ahmad said…
hi, tgk gambar latest2 dah tak ada kesan ekzema, dah sembuh ya? baguslah..alhamdulillah
YOI said…
-ida khairani - tak sembuh sepenuhnya, masih ada eczema kalau salah makan. Tapi Alhamdulillah terkawal. Cuba elakkan dia daripada makanan yang dia alergik. Ibu ayah nak makan pon, takleh depan dia, takut dia nak. hehehe..

Popular Posts