Tak Salah....

Tak salah rasanya sesekali meninggalkan anak untuk berdua2an bersama suami. Dari info yang pernah aku baca (try cari balik artikel tu, tak jumpa plak..), aktiviti seperti ini digalakkan bagi mengeratkan kasih sayang bersama suami isteri. Sedangkan aku dan MOH pernah juga meninggalkan Dina bersama pengasuh dan di nursery untuk mendapat 'Quality Time' bersama (2 kali).
Tetapi, untuk meninggalkan si kecik semasa weekend adalah bukan pilihan aku dan MOH(terasa seperti kejam pulak, dahla tak banyak mana masa dengan Dina). Kami sanggup mengambil cuti hari bekerja untuk bersama-sama menonton movie dan menghabiskan masa bersama semacam mana zaman bercinta dahulu (tak rasa bersalah sangat kot, seumpama pergi kerja gak..hehe). Walaupun bergembira bersama berdua, tetapi tipula kalau kata tak fikir anak. Fikiran, perasaan masih teringat2 si kecil. Sedangkan tengah tengok movie pun, aku dan MOH masih bercakap tentang dia .... 'Kalau Dina ada ni, mesti dia suka'...'Kalau bawa Dina tengok wayang, mesti suara dia je dengar lam wayang ni'...'Kalau Dina tengok bear ni mesti Dina suke'...'Kalau Dina..kalau..kalau..dan kalau...'. Ingatan tak pernah luput.
Jadi, jangan jadikan anak sebagai penghalang untuk bersama suami. Apa yang aku pelajari, suami masih seorang suami dan antara tangga teratas untuk kita gembirakan, raikan. Semoga kasih sayang kami berkekalan. Dan aku masih cuba memperbaiki diri menjadi yang terbaik untuk keluarga ku..Doakan semuanya baik2 saja.. Aminn...

p/s: Tetiba jek ade topik ni..hehehe...

Comments

dila~noor said…
apakah ko tulih topik ini kerane ko rindu nyah?

aku ngn husband,tak pnh pun ambik cuti nak berdua..huhu..sometimes i wish for it,tapi aku rs aku lum cukup kuat nk jln tanpa zahra.
YOI said…
disebabkan tak kuatlah aku amik cuti. Mcm konon aku gi kerja. Dan utk pengetahuan ko, kitorg akan balik lagi awal (sampai kat nursery Dina) daripada kitorang balik dari kerja...dan, setiap kali keluar, ade je aku belikan barang untuk Dina. Kate tak pikir, tipulaaa...
Diyana Khoo said…
me too tak boleh lagi if tak bawa hadif. hehe. kalau fariq lagi laaa. dia yg emo lebih. hehe. even bila dia time off from work pun tak kasi hantar hadif ke nursery. dia jaga kat rumah. maybe in near future boleh kot. dah lama gak tak tgk wayang. hehe.
YOI said…
hehe..itula..klo yg shift lagila kot. bukan senang2 lepak dengan anak.. kitorg ni baru 2 kali.tp may b akan datang ade lg plan. duk umah asik bz ulit anak, sian fx takleh nak manja2 mcm zaman dating..ahaksss...sesekali keluar berdua, blehla mcm dulu2, jalan peluk2 pinggang..klo tak asik peluk anak..(terlebih sudaaa...)

Popular Posts