growell? grow well? well grow?












arini saat yang buhsan dong...banyak kerja..tp,waduh2..malas sungguh laaaa...(memang dasar pemalas!)..
ini aku nak carita pasal growwell. apa itu growell? growell adalah makanan (solid food) untuk bayi dari umur 3bulan hingga 12 bulan. persoalannye..bukankah baby sebaik2nye start makan masa umur 6bulan ke atas? ok..ini beberapa research sendirian berhad yang aku buat thru internet serta sembang2 antara rakan2 kaum ibu;

  • bayi yang minum susu formula, sesuai memulakan solid food seawal 4 bulan (mengikut kemahuan dan perkembangan bayi tu sendiri). Ini kerana : dalam susu formula tidak terdapat beberapa khasiat (sila rujuk paed anda) yang penting untuk perkembangan bayi sepertimana yang terdapat dalam susu ibu yg sesungguhnya amat bagus,kurniaan Ilahi.
  • bayi perlu diajar untuk menerima solid food dengan latihan, ibu/ayah/keluarga perlu makan dihadapan bayi tersebut dengan muka gembira walaupon tengah tercekik tulang..muahahaha...supaya bayi anda tahu,wahhhh...makan sungguh menggembirakan. ini kerana : ada sesetengah bayi, kurang selera/tidak mahu/menolak terus makanan. ini akan melambatkan proses penerimaan makanan yg membekalkan khasiat pada bayi tersebut.
  • bayi perlu dikenalkan dengan puri/jus buah dahulu sebelum menerima solid food yang lain. tp janganlah anda menjamu air epal gelas besar gerai abang bob dihadapan rumah anda. bg la sikit2 dlu,supaya perut anak anda dapat menyesuaikan diri. (kalau boleh jangan amik sebarang makanan yg diawet ye kawan2)
  • sila rujuk doktor/buku panduan makanan bagi bayi alergik terutamanya jika anak anda mempunyai eczema mcm si tecik Dina, supaya anda tak masak sup ekor sebagai santapan anak anda yg berumur beberapa bulan itu.
  • hindarkan penggunaan gula/garam dalam masakan sehingga bayi anda berumur setahun. jika Mak sendiri/MIL/FIL anda menyarankan supaya meletak garam,haruslah anda membuat muka selamba seperti saya, supaya perut dan buah pinggang anak anda selamat dari dihuni penyakit dikemudian hari.
  • elakkan buah2an citrus yg boleh menyebabkan batuk/asma...seperti saya yang bg anak buah anggur nasib takde pape..klo tak,haruslah saya menibai b*nt*t sendiri kerana menzalimi anak
  • info2 lain : sila rujuk mana2 web berkaitan...www.google.com search topik bla..bla..bla..ikut suka anda lah ye..semestinye topik solid food untuk anak..sebab skrg kita tgh berbicara tentang solid food for baby.Sekiannnnn...
okla..sambung pasal growell ni...muahaha..setelah melalut panjang tanpa hujung pangkal!
aku beli gro well ni untuk bekalan dina kat umah bb sitter sepeninggalan aku di medan juang (shah alam jek pon! lg mau kecoh)..
selama ni aku bagi dia bubur nasi yang dilenyek bersama epal/kurma/karot. itu je lauk dina sehari2..tp dia tetap suka makan tanpa jemu...ngeh ngeh ngeh...mmg spesis kuat makan.tp tk gak gemuk2. aku terpaksa standby encik growell ini bg memastikan anakku itu masih dapat makan walaupon ibunye jauh di mata..dekat dihati...auuwwww...esok aku nak suh pengasuh test. ok ke tak gro well ni..sebabnye si tecik aku ni,ade alahan kulit.takut la kalau dia menggaru bagai..sian beb tgok anak garu2...rasa cam nak cakar muka sendiri kalau tu dapat kurangkan rasa gatal kat anak. betul tak? ke aku je rasa nak menzalimi diri sekian rupa? hahahaha...
okla,stop kat cni..esok klo sempat,aku update perkembangan encik growell dan irdina zafirah!

p/s: memang tanak kasi dina makanan diawet.tp,i have no choice! nak masak bubur siap2 letak lam fridge, takut hubby lupa masukkan lam 'beg skolah' dina. fridge umah pengasuh plak rosak...hermmm..i think..i have no choice.. sian anak ibu!

Comments

dila~noor said…
nape ko tak suh pengasuh masak je?
ko tak caye eh?
aku taula ko tu kn..ngeh ngeh ngeh!!
YOI said…
pengasuh aku skrg jaga adik dia dalam pantang kat rumah dia. baru 30 hari. kalau bleh,aku tanak susahkan dia..lagipon baik aku cari alternatif lain kan, daripada serah tggjwb pada org,tp tk tertunai..nanti kelaparan si tecik Dina..
Mawaddah said…
macam sedap je.klu baye2 kite takde ke makanan macam ni.harhar :D

klu blh mmg akak puas nak masak sndiri untuk dina kan.tapi tu lah, tuntutan kerja ibu2 sekarang.terpaksa.takpe janji dina mamam.

Popular Posts